Nilai AP Melayu pada kemajuan masyarakat

Yaacob: Pemerintah turut bantu baiki kehidupan Melayu

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menekankan bahawa rekod beliau dan rakan-rakan Anggota Parlimen (AP) Melayu daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) harus dinilai dari sudut pembangunan masyarakat Melayu setempat secara menyeluruh, meliputi kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan sosial.

Berkata demikian kepada Berita Harian (BH) setelah memperkenalkan pasukan PAP bagi Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Jalan Besar yang diterajuinya pagi semalam, Dr Yaacob berkata beliau berharap pengundi Melayu akan berfikiran luas dan tidak hanya menilai AP-AP Melayu PAP berdasarkan satu-satu isu yang belum terhurai.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan