Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Nilai aset Temasek Holdings naik 3 kali ganda lebih $300 bilion bawah kepimpinan Ho Ching

Setempat
27
0

Nilai aset Temasek Holdings naik 3 kali ganda lebih $300 bilion bawah kepimpinan Ho Ching

Feb 10, 2021 | 05:30 AM

NILAI aset portfolio Temasek Holdings telah meningkat tiga kali ganda melebihi $300 bilion di bawah kepimpinan ketua pegawai eksekutif (CEO) Temasek Holdings, Cik Ho Ching, yang bakal bersara 1 Oktober ini.

Ketika baru mengambil alih pucuk kepimpinan pada 2004, nilai portfolio Temasek mencecah sekitar $90 bilion dan kebanyakan pelaburannya adalah di Singapura.

Kini, Temasek menjadi sebuah syarikat pelaburan sejagat yang berpandangan ke hadapan dan dihormati di mata dunia, kata pengerusi Temasek, Encik Lim Boon Heng.

Di bawah kepimpinannya, beliau juga membentuk Temasek Trust dan Yayasan Temasek sebagai cabang kedermawanan firma itu bagi menyokong projek kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Merakamkan penghargaan kepada Cik Ho Ching, Encik Lim berkata beliau telah memimpin Temasek melalui 'tempoh rombakan yang cemerlang'.

Daripada sebuah pemilik saham syarikat milik pemerintah, Temasek menjadi pelabur yang dihormati dan dikenali di peringkat sejagat, kata Encik Lim.

Temasek merupakan antara firma pelaburan negara terbesar dunia, dengan nilai portfolio mencecah $306 bilion sehingga 31 Mac tahun lalu.

"Temasek merupakan sebuah institusi yang luar biasa yang berakar dengan nilai asas dan etos Singapura. Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa selama dua dekad di Temasek,'' kata Cik Ho Ching, 67 tahun, isteri Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Encik Lim berkata perubahan pucuk pimpinan adalah tanggungjawab strategik lembaga (pengarah).

"Kami melakukan semakan tahunan sejak awal 2000... Ho Ching telah memainkan peranan penting dalam proses ini. Malah, beliau secara aktif, bekerja gigih sejak sekian lama untuk mengenal pasti pengganti berpotensi dari dalam dan juga luar Temasek. Beliau telah memainkan peranan penting dalam memupuk kumpulan pemimpin yang kukuh di Temasek, ramai antara mereka telah memegang jawatan CEO di luar Temasek,'' kata Encik Lim.

Sebelum ini, Cik Ho Ching merancang meletak jawatan pada Oktober 2009 tetapi mengekalkan jawatan itu selepas bakal penggantinya, Encik Charles Goodyear meninggalkan firma tersebut.

Penggantinya, CEO cabang pelaburan Temasek International (TI), Encik Dilhan Pillay, 57 tahun, merupakan peguam korporat dan rakan kongsi pengurusan Wong Partnership sebelum menyertai Temasek 10 tahun lalu.

Pada 2019, lulusan Universiti Cambridge itu menjadi CEO Temasek International dan bertanggungjawab menguruskan kegiatan portfolio dan pelaburan Temasek.

Encik Pillay akan kekal sebagai CEO Temasek International selepas 1 Oktober.

Sebagai CEO Temasek baru, Encik Pillay mempunyai tanggungjawab perlembagaan dalam melindungi rizab lampau firma itu, kata Encik Lim.

Encik Pillay berkata Temasek mempunyai pasukan pemimpin yang kukuh.

"Memanfaatkan sistem eko dan rangkaian hubungan kami, saya yakin kami dalam kedudukan yang baik bagi memanfaatkan peluang dan menghadapi cabaran hari ini dan hari muka,'' katanya.

Pengarah eksekutif Temasek Holdings dan pengerusi Temasek International, Encik Lee Theng Kiat, akan juga bersara dari jawatan eksekutifnya tetapi kekal sebagai anggota bukan eksekutif lembaga Temasek dan pengerusi bukan eksekutif Temasek International.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3