Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Nilai dolar S'pura merosot berikutan koronavirus

Feb 22, 2020 | 05:30 AM



NILAI dolar Singapura, seperti banyak lagi mata wang Asia lain, merosot disebabkan keprihatinan tentang penularan koronavirus.



Pada satu peringkat kelmarin, matawang setempat itu, apabila dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat, jatuh ke paras terendah sejak Mei 2017, meskipun ia meningkat lagi sebelum pasaran ditutup.



Nilai mata wang Singapura merosot sekitar satu peratus kepada serendah $1.4083 berbanding sedolar Amerika sebelum ia mengaup balik kerugian itu sehingga hanya merosot 0.3 peratus, lapor The Straits Times.



Won Korea Selatan pula merosot satu peratus kepada 1,201.95 won berbanding dolar Amerika.



Baht Thailand, mata wang paling sensitif terhadap pelancongan di Asia, jatuh 0.7 peratus kepada 31.406 baht berbanding dolar Amerika.



Aset dalam pasaran pertukaran asing (FX) dijual pada harga rendah, menyusuli pengesahan jumlah jangkitan koronavirus atau Covid-19 yang meningkat di Korea Selatan dan lagi dua kematian di Jepun.



"Perubahan pada nilai dolar Singapura itu selari dengan kelemahan meluas dalam mata wang Asia berhubung keprihatinan tentang penularan ini," kata pakar strategi FX kanan di United Overseas Bank Encik Peter Chia.



Kelemahan keseluruhan dalam mata wang negara-negara rantau ini diukur menggunakan Indeks Dolar Asia, yang mengecut ke paras paling rendah dalam tempoh sejak lebih dua bulan lalu.



Wabak Covid-19 telah menjejas teruk kegiatan ekonomi di sebahagian China, menyebabkan permintaan bagi barangan dan perkhidmatan merosot dari ekonomi terbesar Asia itu. Perkembangan ini meningkatkan keprihatinan tentang kesan mendalam bagi ekonomi yang mempunyai hubungan perniagaan dan perdagangan rapat dengan China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >