Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Nilai ringgit capai rekod terendah dalam 24 tahun

Satu dolar S'pura kini bersamaan RM3.31
Oct 18, 2022 | 05:30 AM



NILAI ringgit terus merosot dan mencecah rekod baru dalam 24 tahun dengan kadar tukaran terendah berbanding dolar Amerika Syarikat.



Ini disebabkan beberapa faktor di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah Lembaga Simpanan Federal (Fed) AS dan pembubaran parlimen di Malaysia.



Kadar tukaran berbanding satu S$1 ialah RM3.31 manakala berbanding dolar AS menghampiri RM4.716.



Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat berkata



"Ringgit lebih lemah berbanding dolar AS sebahagian besarnya didorong oleh kekuatan AS.



"Ini bermakna matawang dolar Singapura lebih tinggi berbanding ringgit Malaysia kerana dolar Singapura kekal disokong berbanding ringgit Malaysia. Dasar Singapura adalah supaya matawang Singapura lebih bertahan kukuh."



Dalam notanya semalam, Kenanga Research berkata ringgit terus merosot berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan politik dalam negeri, berikutan pembubaran Parlimen.



"Minggu ini, ringgit mungkin terus didagangkan di atas paras 4.70 berbanding dolar berikutan ketidaktentuan politik domestik yang berterusan dan pengelakan risiko global yang berterusan, kerana Fed dijangka terus mengetatkan dasar monetarinya secara agresif.



"Sebaliknya, model teknikal kami menunjukkan bahawa ringgit mungkin meningkat sebanyak 0.44 peratus kepada 4.684 berbanding dolar AS," tambahnya.



Sementara itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen.



Menurut pakar strategi FX Scotiabank Singapura, Encik Qi Gao:



"Ringgit mungkin hadapi sedikit kelemahan di tengah-tengah ketidaktentuan menjelang pilihan raya. Mata wang itu menunjukkan prestasi paling teruk dalam kalangan mata wang utama Asia Tenggara selepas baht. Ringgit akan mengikut nada pasaran yang luas, dan akan disokong jika penyandang perdana menteri memenangi pilihan raya," katanya lagi.



Seorang penduduk tetap Singapura yang berasal dari Johor dan bekerja di sini, Encik Hizamudin Jamal, 48 tahun berkongsi:



"Untuk kami yang mencari rezeki di sini, mestilah suka bila dolar Singapura lebih tinggi. Tetapi untuk ekonomi Malaysia, ini akan mendatangkan kesan buruk dalam jangka panjang."



Encik Hizamudin mengaku barangan di Malaysia dirasakan lebih mahal untuk mereka yang masih tinggal di sana.



Beliau berulang alik ke rumahnya di Johor setiap minggu.



Untuk suri rumah Cik Shida Ishak, 42 tahun pula, beliau sering ke Johor untuk mengisi minyak kereta seminggu sekali dan membeli keperluan rumah tidak kurang sebulan sekali.



"Bila dapat tahu ringgit turun lagi, rasa rugi kalau tak pergi. Memang dapat lebih berjimat untuk kami di sini bila pergi ke Johor untuk keperluan rumah dan terutama sekali untuk mengisi minyak kereta. Untuk setiap 100 dolar, saya akan dapat lebih banyak keperluan rumah di sana, berbanding di sini."



Walaupun kadar ringgit turun rendah, tidak ramai rakyat Singapura yang berpusu-pusu ke pusat tukaran wang untuk niat menyimpan, kata pemilik Straits Foreign Exchange di pusat beli belah West Mall, Encik Oli Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >