Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH IBU TELADAN 2022 ANJURAN JAMIYAH

Nilai tugas mengasuh sewajarnya: Presiden Halimah

Masyarakat harus akui pengasuhan perlu komitmen dan pengorbanan, beri sokongan sosial dan emosional kepada ibu
Aug 21, 2022 | 05:30 AM



TUGAS mengasuh perlu dinilai dengan sewajarnya kerana ia memerlukan komitmen dan pengorbanan. Berkata demikian, Presiden Halimah Yacob menekankan tugas itu sering kurang dihargai, antaranya kerana jangkaan bahawa ia harus dilakukan atas dasar sayang.



"Meskipun benar kasih sayang seorang ibu itu adalah asas kepada beliau menjaga anaknya, masyarakat juga mesti mengiktiraf bahawa pengasuhan memerlukan komitmen dan pengorbanan.



"Ramai pengasuh merisaukan soal kewangan di samping perlu menanggung beban fizikal dan mental," ujar Puan Halimah ketika berucap di majlis Anugerah Ibu Teladan 2022 anjuran Jamiyah Singapura semalam.



Beliau berkata meskipun tugas pengasuhan tidak khusus kepada mana-mana jantina, realitinya ialah peranan itu sering jatuh pada bahu wanita disebabkan norma sosial.



"Lebih ramai wanita dapati diri mereka terpaksa imbangi tanggungjawab pengasuhan tambahan dalam keluarga - bukan dari segi mendidik anak sahaja, malah menjaga ibu bapa sudah berumur," ujarnya



Puan Halimah menambah bahawa pengasuh berdepan dengan cabaran berbeza dan mereka mempunyai keperluan berbeza.



Oleh itu, lebih daripada dasar-dasar dan institusi yang menyokong pengasuhan, para ibu memerlukan sokongan daripada orang tercinta mereka.



"Para suami boleh memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan anak-anak mereka dan menyediakan sokongan sosial serta emosional kepada isteri mereka," ujar beliau.



Jamiyah mengadakan majlis Anugerah Ibu Teladan ke-29 dan Anugerah Ibu Muda Teladan keempat itu di Swissotel The Stamford.



Anugerah tersebut bertujuan menghargai ibu daripada semua lapisan hidup, tidak kira bangsa atau agama, atas dedikasi dan kecekalan mereka membangunkan keluarga dan anak-anak.



Menerusi video yang ditayangkan, Cik Pandithurai Parimala, 41 tahun, merupakan penerima Anugerah Ibu Teladan 2022, yang diiktiraf atas ketabahan, keupayaan dan kesungguhannya membesarkan tujuh anak-anak berusia antara 11 hingga 17 tahun biarpun berdepan konflik rumahtangga hingga dilaporkan mengalami penderaan fizikal, lisan, seksual dan emosi bertali arus.



"Kalau saya angkat kaki, saya akan tinggal di jalanan, anak-anak saya akan diletakkan di rumah tumpangan," katanya terus terang.



Cik Shereen Aziz-Williams, 39 tahun, pula adalah penerima Anugerah Ibu Muda Teladan 2022.



Beliau yang menetap di luar negara diiktiraf kerana berjaya mengimbangi masa antara kerjaya dan menjaga tiga anak berusia antara lapan hingga 21 tahun dan menanamkan nilai pekerti dalam diri anak-anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >