Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

NILAM galak murid baca buku Melayu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

NILAM galak murid baca buku Melayu

Jul 27, 2019 | 03:31 PM

IBU BAPA, guru bahasa Melayu dan asatizah memainkan peranan penting dalam melestarikan bahasa Melayu dalam kalangan si cilik.

Demikian dikongsi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa acara Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang diadakan di Wisma Geylang Serai pagi tadi (27 Julai).

Lebih 400 pelajar dan ibu bapa hadir di acara NILAM yang mengetengahkan 10 sekolah rendah yang menyampaikan persembahan mengenai buku Melayu yang telah mereka baca dalam bentuk skit termasuk Singapura Dilanggar Todak, Si Tanggang dan Bawang Putih Bawang Merah.

Bagi Alya Arisha Muhd Azri, sembilan tahun, buku Melayu turut mengajarnya nilai murni yang boleh diterapkan dalam kehidupan.

“Buku cerita kegemaran saya adalah Bawang Putih dan Bawang kerana buku itu mengajar kita untuk bersikap baik dengan adik-beradik kita,” kata murid Sekolah Rendah Bukit View itu.

NILAM menandakan kemuncak bagi peraduan Ops Baca di mana juara serta naib juara bagi kelapan-lapan pusingan turut menyampaikan persembahan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3