Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ninja Van agih 500,000 risalah tentang penipuan wang

Ia juga akan dihantar kepada pekerja migran di asrama, pembantu rumah
Jan 28, 2022 | 05:30 AM



FIRMA logistik Ninja Van sedang bekerjasama dengan polis dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) untuk mengagihkan 500,000 risalah kepada orang awam bagi memberi amaran tentang penipuan melibatkan pembayaran tunai semasa penghantaran (cash-on-delivery).



Beberapa risalah itu akan dihantar kepada pekerja migran di asrama dan pembantu rumah melalui pertubuhan bukan pemerintah (NGO), kerana pekerja migran dan pembantu rumah sering membuat pembelian menggunakan kaedah pembayaran tunai selepas menerima produk yang dibeli.



Ketua pegawai operasi Ninja Van, Encik Lee Ghim Hock, berkata kedua-dua kumpulan itu terdedah kepada penipuan tersebut kerana mereka sering memilih membuat bayaran setelah menerima barangan yang dipesan, dengan 60 peratus bungkusan sedemikian dihantar ke asrama pekerja asing.



Beliau berkata: "Ninja Van biasanya meningkatkan kempen pendidikan penipuannya menjelang hujung tahun, kerana penipu pembayaran tunai semasa penghantaran juga meningkatkan usaha mereka untuk menyasarkan pengguna semasa musim beli-belah ini."



Firma itu menghubungi polis dan NCPC November lalu untuk mengusahakan sebuah kempen pendidikan bersama. Agensi-agensi itu melakar dan mencetak risalah itu, yang dihantar oleh Ninja Van kepada penerima bungkusannya.



Risalah itu merangkumi dua jenis penipuan - penipuan pekerjaan dan pembayaran tunai semasa penghantaran. Ia memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan iklan untuk pekerjaan mudah dengan pulangan tinggi, serta tawaran beli-belah dalam talian yang "terlalu hebat" dan permintaan untuk membayar barangan yang tidak dipesan.



Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pembantu rumah, Ninja Van telah bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk mengagihkan risalah elektronik kepada mereka. Kementerian itu menterjemah risalah elektronik tersebut ke dalam empat bahasa asli pembantu rumah di sini - bahasa Indonesia, Tagalog, Burma dan Tamil.



Ia mengagihkan risalah itu kepada rangkaian NGO-nya yang bekerjasama dengan pembantu rumah, termasuk Aidha dan Pusat Pekerja Pembantu Rumah.



Menurut ringkasan jenayah terkini polis, penipuan e-dagang - yang termasuk penipuan pembayaran tunai semasa penghantaran - ialah jenis penipuan kedua paling biasa dilaporkan dalam separuh pertama tahun lalu. Terdapat 1,141 kes melibatkan sejumlah $2.4 juta.



Kes penipuan pekerjaan juga meningkat lebih 16 kali ganda kepada 658 dalam separuh pertama tahun lalu, daripada 40 kes dalam tempoh yang sama pada 2020.



Jumlah keseluruhan yang ditipu naik lebih seratus kali ganda kepada $6.5 juta dalam separuh pertama tahun lalu, daripada $60,000 pada 2020.



Encik Lee berkata Ninja Van telah menganjurkan webinar untuk mendidik pembantu rumah tentang penipuan pembayaran tunai semasa penghantaran dan bagaimana mereka boleh melindungi diri mereka.



Syarikat itu juga membantu pelanggan yang telah menjadi mangsa penipuan sedemikian untuk mendapatkan semula wang tunai mereka, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >