Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NKF buka pusat dialisis baru di Hospital Masyarakat Yishun

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



YAYASAN Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah membuka pusat dialisis baru di Hospital Masyarakat Yishun (YCH) dengan derma $2 juta daripada Yayasan Keppel Care, badan derma Keppel Corporation.



Pusat baru itu, yang dibuka pada 23 November lalu, merupakan yang pertama menawarkan penjagaan bersepadu dan lancar bagi kedua-dua pesakit hemodialisis dan dialisis peritoneal (PD).



Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, Keppel Corporation dan NKF berkata pusat baru itu yang terletak bersebelahan Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dilengkapi dengan 22 stesen dialisis yang boleh dimanfaatkan sehingga 132 pesakit hemodialisis.



Ia juga mempunyai ruang khas untuk menyediakan khidmat kepada pesakit PD.



Menawarkan kedua-dua khidmat itu di bawah satu bumbung membolehkan NKF memenuhi keperluan penjagaan pesakit yang sentiasa berubah dan pelbagai.



Menurut kenyataan tersebut, khidmat PD akan diperkenal secara berperingkat.



Ini akan dilakukan dalam bentuk latihan dialisis tersebut termasuk pembilasan kateter, penyesuaian, lawatan ke rumah, pentadbiran ubat dan penjagaan setelah keluar.



Hal tersebut akan dilakukan dalam bentuk model penjagaan yang dikongsi sama oleh hospital dan ahli nefrologi, jururawat, pekerja perubatan sosial, ahli pemakanan serta profesional penjagaan kesihatan yang berpangkalan dengan NKF.



Khidmat lain yang akan disediakan termasuk penyelesaian masalah aliran kateter PD, rawatan PD, sokongan di rumah, tinjauan klinik, kaunseling, rawatan jeda dan lawatan oleh jururawat PD yang tersedia sepanjang perjalanan rawatan pesakit.



"Terdapat banyak ciri unik tentang pusat ini. Pertama, ini merupakan pusat pertama kami yang bertempat di hospital akut dan masyarakat iaitu KTPH dan YCH.



"Lokasi dan perkongsian strategik ini membolehkan pemindahan pesakit tepat pada masanya dan dengan lancar untuk memudahkan akses kepada penjagaan dan perkhidmatan.



"Pesakit tidak perlu pergi ke pusat lain untuk melakukan dialisis. Mereka yang dibenarkan pulang dari KTPH dan memerlukan pemulihan boleh menjalani dialisis mereka di pusat dialisis di YCH, di bawah satu bumbung," ujar Ketua Pegawai Eksekutif NKF, Encik Tim Oei.



Kerjasama tiga pihak antara NKF, YCH dan KTPH itu juga merupakan usaha mengintegrasikan aspek penjagaan kesihatan yang dahulunya sering terpencil, dan menyediakan penyelesaian yang mengurangkan penjagaan berpecah-belah dengan harapan ia dapat mengurangkan kelewatan pesakit dalam mendapatkan rawatan.



Ini diharap dapat mencapai kemudahan, kepatuhan dan hasil lebih baik bagi pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >