Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NKF lancar usaha baru pertingkat kesedaran tentang kesihatan ginjal

Jan 09, 2021 | 05:30 PM







YAYASAN Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah melancarkan satu usaha baru pada Sabtu untuk menggalak orang ramai menjalankan projek bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan buah pinggang serta mengurangkan jumlah penyakit berkaitan buah pinggang.



Dikenali sebagai Kidney We Care Movement, usaha itu dilancarkan sedang jumlah kes masalah buah pinggang di Singapura kian meningkat, dengan 5.5 kes baru memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang setiap hari.



Sepanjang lima tahun lalu, NKF mempunyai 855 pesakit dialisis baru setiap tahun secara purata.

Yayasan itu juga telah membelanjakan sebanyak $116 juta dalam tahun kewangan terakhirnya untuk merawat masalah buah pinggang.



Kini, terdapat lebih 8,000 pesakit yang menjalani dialisis di Singapura, dengan dua pertiga daripada mereka di bawah jagaan NKF.



Punca utama masalah buah pinggang ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi, dengan Singapura mempunyai antara kadar tertinggi masalah buah pinggang berkaitan kencing manis di dunia.



Jumlah kes kencing manis di sini juga diramal mencapai sejuta kes menjelang 2050 jika lebih banyak langkah pencegahan tidak diambil.



Oleh itu, daya usaha Kidney We Care Movement akan memberi tumpuan kepada tiga aspek.

Ini termasuk Project 5.5 yang bertujuan mengurangkan jumlah kes masalah buah pinggang serta penyakit lain yang berkaitan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.



Selain itu, Project Hope bertujuan mengukuhkan sokongan psikologi dan sosial bagi pesakit dan keluarga mereka.



Project Impact pula bertujuan memperjuang bagi kesihatan buah pinggang lebih baik dalam masyarakat.



NKF komited memperuntuk dana sebanyak $1 juta sepanjang tiga tahun akan datang untuk membiayai daya usaha tersebut.



Pemohon yang berjaya akan menerima hingga $5,500 bagi setiap projek atau hingga 80 peratus daripada jumlah penuh projek.



Sebuah jawatankuasa yang merangkumi karyawan daripada sektor utama seperti penjagaan kesihatan, perhubungan dan kewangan telah dibentuk untuk menyemak dan mengesyorkan usulan.



Kedua-dua warga dan penduduk tetap (PR) Singapura layak mendapat pembiayaan bagi projek yang ingin dikendalikan mereka.



Pengerusi NKF Arthur Lang berkata mereka yakin gerakan masyarakat ini akan mendorong lagi usaha mereka mempengaruhi dan memperkasa orang ramai mengambil tanggungjawab ke atas kesihatan buah pinggang mereka.



“Ini sementara mereka terus membantu kami memastikan pelbagai keperluan pesakit kami dipenuhi,” ujarnya.



Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu melancarkan daya usaha tersebut sempena pembukaan rasmi pusat dialisis NKF di Yuhua pada Sabtu.



Bercakap di majlis itu, Cik Fu berkata dana bagi pusat dialisis baru itu dikumpul daripada individu, rakan kerja masyarakat dan sektor privet.



Jumlah itu kemudian dipadankan oleh pemerintah yang memberi sedolar bagi setiap dolar yang disumbang di bawah Gerakan Care & Share @ SG50 Movement, hingga berjumlah $2 juta secara keseluruhan.



Pusat baru itu dilengkapi dengan 21 stesen dialisis yang boleh dimanfaatkan hingga 126 pesakit.



“NKF, dengan kerjasama bersama kumpulan tempatan di Yuhua seperti Pusat Berbilang Khidmat Loving Heart dan Pertubuhan Akar Umbi Persatuan Rakyat (PA)... akan menawarkan pendidikan awam tentang pencegahan dan pengurusan penyakit buah pinggang.



“Semua ini tidak mungkin berhasil tanpa dedikasi dan azam untuk meningkatkan mutu kehidupan penduduk Yuhua,” kata Cik Fu.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >