Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NKF lantik Tim Oei sebagai CEO baru

May 31, 2017 | 12:47 PM



YAYASAN Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah melantik Encik Tim Oei sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) barunya mulai 4 September.



Encik Oei, 58 tahun, kini berkhidmat sebagai CEO Awwa, sebuah badan tidak meraih keuntungan setempat.



Awwa merupakan sebuah badan amal yang mengendalikan pelbagai khidmat, pusat dan sekolah bagi golongan kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak yang berkeperluan khas.



"Sebuah Jawatankuasa Pencarian Lembaga yang merangkumi lima anggota telah meninjau lebih 50 calon sepanjang tempoh lima bulan sebelum mencapai (keputusan) ini," kata NKF menerusi satu kenyataan hari ini.



Pengerusi NKF, Encik Koh Poh Tiong, berkata:



"Pengalaman luas Encik Oei dalam sektor kebajikan sukarela akan membantu membawa NKF ke tahap pembangunan selanjutnya, dan ini memenuhi misi yayasan itu untuk berkhidmat kepada pesakit buah pinggang yang susah di Singapura."



Bekas CEO NKF, Encik Edmund Kwok, 58 tahun, dipecat secara tiba-tiba November lalu ekoran "tingkah laku kurang bijaksana berhubung hal peribadi" dengan seorang pekerja lelaki.



Sejak itu, mantan CEO NKF, Cik Eunice Tay, telah menerajui badan itu sementara ia mencari ketua barunya.



"Bagi pihak lembaga, pengurusan, pekerja dan pesakit, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan, penderma, penyokong dan orang awam atas keyakinan dan kepercayaan mereka kepada NKF.



"Dengan kadar kekerapan kegagalan ginjal yang meningkat, kami komited memastikan bahawa tiada pesakit susah yang tidak boleh mendapatkan rawatan dialisis," kata Encik Koh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >