Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NKF pertingkat usaha membantu pesakit ginjal berusia

Jun 15, 2019 | 03:28 PM



SEMENTARA pihak pemerintah terus menggalakkan warga Singapura untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, rakan kongsi masyarakat seperti Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) memainkan peranan yang penting dalam memberikan dorongan tambahan. 



Ini dilakukan melalui insiatif-inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit buah pinggang termasuk dengan mengukuhkan langkah-langkah pencegahan seperti pemeriksaan, mencegah faktor risiko melalui pemakanan sihat dan senaman, dan melewatkan progres penyakit buah pinggang peringkat akhir.



Menekankan demikian dalam ucapannya semasa majlis perasmian pusat dialisis NKF, Jo & Gerry Essery di Marsiling hari ini, Presiden Halimah Yacob berkata beliau berbesar hati melihat NKF bersedia untuk memberikan khidmat penjagaan menyeluruh untuk pesakit buah pinggang.



Antara inisiatif NKF yang disentuh Presiden Halimah termasuk Program Mencegah Jatuh yang dilancarkan pada 2016 untuk membantu pesakitnya yang tua dan lemah. 



Sebagai sebahagian daripada program ini, NKF telah menyediakan panduan untuk mencegah jatuh- yang merangkumi ‘checklist’ risiko jatuh, maklumat tentang akibat jatuh, langkah keselamatan rumah untuk mengenal pasti bahaya yang wujud, dan tips untuk mengurangkan risiko jatuh. 



“Saya tahu lebih separuh pesakit NKF berusia 60 tahun ke atas. Untuk mereka yang berada dalam kumpulan usia ini, risiko untuk jatuh lebih tinggi. Setiap jatuh juga mungkin mengakibatkan jatuh yang berulang disebabkan otot dan refleks yang lemah,” katanya. 



Tambahnya, pesakit mungkin harus bergantung kepada tongkat atau kerusi roda dan oleh kerana pergerakan yang terhad mereka mungkin terlepas sesi dialisis dan mutu hidup mereka juga terjejas. 



Menyusuli penguatkuasaan program tersebut, jumlah kejatuhan di kalangan pesakit NKF jatuh 13 peratus secara keseluruhan dari Januari hingga Oktober 2017. 



Sejak dibuka pada Mei 2018, pusat Jo & Gerry Essery di Marsiling itu yang dilengkapi 22 mesin dialisis itu telah merawat seramai 80 pesakit. Secara keseluruhannya ia boleh menampung seramai 132 pesakit. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >