PEMBINAAN pusat rawatan ginjal bersepadu pertama dan terbesar di Singapura yang terletak di 500 Corporation Road sedang giat dijalankan bagi menampung jumlah pesakit ginjal yang kian meningkat.
Ini setelah secara purata lima warga Singapura dikesan menghidap penyakit ginjal setiap hari, atau seorang setiap lima jam.