BAHAS BELANJAWAN 2016
NLB perkenal inisiatif bantu golongan kurang upaya
Apr 05, 2016 | 05:30 AM
LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) telah memperkenal kemudahan bagi memudahkan rakyat Singapura memanfaatkan khidmat perpustakaan termasuk mereka yang kurang upaya.
Menjawab soalan Cik Sun Xueling (AP GRC Pasir Ris-Punggol) di Parlimen semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata langkah itu termasuk menyediakan ruang membaca di 11 Pusat Kegiatan Warga Senja, Projek 'Deliver Me' dan bas Perpustakaan Bergerak (Molly).