Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NLB umum pelan induk 5 tahun bagi pastikan pustaka kekal relevan

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) telah mengumumkan Pelan Induk Perpustakaan dan Arkib 2025 (LAB25), sebuah rancangan lima tahun dalam fasa transformasi seterusnya untuk memanfaatkan peluang baru dan melakukan pembaharuan supaya dapat kekal relevan kepada rakyat Singapura.



Ini sedang tabiat belajar dan membaca dalam masyarakat berubah dipacu oleh media sosial dan pendigitalan serta pandemik Covid-19 yang sedang berlaku kini.



NLB dalam kenyataannya semalam berkata pelan induk itu merupakan undangan kepada rakan dan masyarakat untuk terus bekerjasama dengan mereka dalam perjalanan inovasi dan eksperimentasi untuk memikirkan semula konsep perpustakaan dan arkib.



Mereka telah mendekati pengguna, sukarelawan dan kakitangan - daripada orang dewasa muda hingga ke warga emas, individu kurang upaya dan perniagaan - sepanjang 18 bulan lalu untuk membantu melakarkan LAB25.



"Matlamat kami adalah untuk berkembang menjadi sahabat yang lebih kukuh kepada pengguna kami sedang kami mengharungi konteks sosial, budaya dan ekonomi yang berubah," kata NLB.



Ia telah mengenal pasti empat peranan yang dapat membantu memenuhi keperluan pengguna pada masa kini - membangunkan Pasar Pembelajaran; memupuk Penduduk Berpengetahuan; mengilhamkan Pencerita Singapura; dan menjadi Penyama.



Dalam usaha menjadikan idea pasar pembelajaran satu kenyataan, NLB berkata ia akan mengubah platformnya dengan menyepadukan sepenuhnya tawaran fizikal dan digital dalam satu rangkaian hab dan nod sepanjang tempoh lima tahun akan datang.



Pada masa ini, NLB mengendalikan rangkaian 27 perpustakaan awam, Perpustakaan Negara dan Arkib Negara Singapura, serta menawarkan khidmat digital melalui laman dan aplikasi telefon bimbit NLB.



NLB berkata aplikasi telefon bimbitnya juga boleh diperluaskan untuk menjadi sebuah "Gedung Super Pembelajaran" digital untuk menyediakan pengalaman pengguna pelbagai saluran yang lancar.



Pelbagai laluan pembelajaran seperti saranan disesuaikan bagi setiap pengguna, juga akan disediakan dengan memanfaatkan penggunaan data dan pembelajaran mesin bagi menawarkan sumber pembelajaran kepada pengguna.



NLB juga akan berusaha menghubungkan pengguna dengan minat pembelajaran yang serupa dan memanfaatkan perpustakaan sebagai ruang sosial untuk orang ramai berkumpul bersama.



Demi memupuk penduduk yang berpengetahuan, NLB akan memanfaatkan Gerakan Membaca Kebangsaan dan Program Celik Maklumat Nasional (S.U.R.E.) serta rangkaian rakannya supaya orang awam boleh mendapatkan akses kepada pakar dan pencipta kandungan, pelbagai sumber dan perspektif, dan juga kemahiran untuk dapat membezakan antara maklumat benar dengan yang palsu.



Antara lain, ia juga sedang bekerjasama dengan rakannya untuk merapatkan jurang dan memperkasa individu dalam zaman digital ini.



Misalnya, mereka akan menjadi wadah di mana setiap orang boleh mengalami dan memahami teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi perawanan dan realiti maya dengan bantuan rakan industri.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata pandemik Covid-19 telah menunjukkan bahawa tidak ada banyak perkara yang boleh diramalkan dengan pasti.



"Dalam dunia yang sudah berubah ini dan dunia yang kami akan pindah masuk , kita perlu bersedia menyesuaikan diri dan memanfaatkan kemungkinan yang ada.



"LAB25 adalah respons NLB berdasarkan semangat ini dan menetapkan cara kita akan bersama anda sedang sama-sama kita memikirkan semula tumpuan perpustakaan dan arkib bagi memperkasa anda agar terus belajar supaya bersiap sedia bagi masa depan," kata beliau.




"Matlamat kami adalah untuk berkembang menjadi sahabat yang lebih kukuh kepada pengguna kami sedang kami mengharungi konteks sosial, budaya dan ekonomi yang berubah."
- Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dalam kenyataannya.




EMPAT PERANAN DIKENAL PASTI DALAM LAB25 UNTUK PENUHI KEPERLUAN PENGGUNA



Membangunkan Pasar Pembelajaran



- Sepadu sepenuhnya tawaran fizikal dan digital dalam satu rangkaian hab dan nod sepanjang tempoh lima tahun akan datang



- Perluaskan aplikasi telefon bimbit NLB jadi sebuah "Gedung Super Pembelajaran"



- Sediakan pelbagai laluan pembelajaran seperti saranan disesuaikan bagi setiap pengguna



- Hubungkan pengguna dengan minat pembelajaran serupa



Memupuk Penduduk Berpengetahuan



- Manfaatkan Gerakan Membaca Kebangsaan dan Program Celik Maklumat Nasional (S.U.R.E.) serta rangkaian rakan untuk dapatkan akses kepada pakar dan pencipta kandungan, pelbagai sumber dan perspektif, dan juga kemahiran untuk dapat bezakan antara maklumat benar dengan yang palsu.



Mengilhamkan Pencerita Singapura



- Pupuk penghargaan dan pemahaman lebih kukuh tentang pengalaman Singapura



- Jadikan kandungan Singapura mudah diakses dan relevan, dan sepadukannya dalam bidang pembelajaran lain



Menjadi Penyama



- Kerjasama dengan rakan untuk rapatkan jurang dan perkasa individu dalam zaman digital



- Misalnya, NLB akan jadi wadah bagi setiap orang alami dan faham teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi perawanan dan realiti maya dengan bantuan rakan industri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >