MANTAN wartawan kanan Berita Harian, Encik Nahar Azmi Mahmud (gambar), meninggal dunia semalam.
Beliau berusia 83 tahun.
Isteri Allahyarham, Cik Hayatee Yusof, mantan penyiar radio, ketika dihubungi BH mengesahkan suaminya meninggal dunia pada 7.19 malam di Hospital Besar Changi (CGH).
Datuk tiga cucu itu meninggal dunia akibat pneumonia (atau radang paru-paru) dan serangan jantung
Menurut Cik Hayatee, sekitar 4.30 pagi kelmarin, Allahyarham mengadu sakit perut, lalu beliau dan anak menantunya membawa Encik Nahar Azmi ke CGH.
Cik Hayatee berkata suaminya tidak mempunyai sejarah penyakit jantung atau penyakit kronik lain.
Solat jenazah bagi Allahyarham dijadual di Masjid Mydin hari ini sekitar 10.30 pagi dan dikebumikan sebelum zuhur.
Allahyarham meninggalkan balu, tiga anak dan tiga cucu.