Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKILAS

LTA keluar 2,100 notis pada pengendali basikal kongsi sejak Mei tahun lalu

Feb 06, 2018 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah mengeluarkan lebih 2,100 notis pemindahan selain telah mengumpul denda dan yuran pentadbiran bernilai sekitar $180,000 daripada pengendali basikal kongsi sejak Mei tahun lalu.



Menjawab pertanyaan Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio), Encik Lim Biow Chuan (MountBatten) dan Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) berhubung masalah basikal kongsi yang diletak sembarangan, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Dr Lam Pin Min berkata LTA sedang bekerjasama dengan agensi lain demi menawarkan lebih banyak ruang meletak basikal dan mempertingkat usaha penguatkuasaan demi menangani isu tersebut.



"Pada Oktober 2017, LTA, NParks dan Majlis Bandaran menandatangani memorandum persefahaman dengan pengendali basikal kongsi, yang menggariskan panduan tentang operasi khidmat basikal kongsi yang bertanggungjawab di tempat awam," kata Dr Lam.



Dalam pada itu LTA akan juga membentangkan pindaan undang-undang pada hujung bulan ini dengan tujuan meletakkan rangka perlesesan bagi pengendali basikal kongsi.



Di bawah rangka yang disarankan, pengendali dikehendaki memindahkan basikal yang diletak sembarangan di tempat awam dalam tempoh yang ditetapkan.



Pengendali juga dikehendaki mengambil langkah yang boleh mencegah pengguna daripada meletakkan basikal kongsi sembarangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >