Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BHALAL: RUANG INFO HALAL

Yuk raikan BAPA KITA!

Pelbagai restoran dan gerai makan sediakan promosi khas sempena sambutan Hari Bapa pada 21 Jun ini
Jun 14, 2020 | 05:30 AM



HARI Bapa biasanya dirai pada Ahad ketiga Jun dan tahun ini ia jatuh pada 21 Jun.



Anda mungkin tidak dapat makan di luar bersama bapa bagi menyambutnya tahun ini ekoran penularan Covid-19.



Namun dengan lawatan ke rumah ibu bapa atau datuk nenek dibenarkan secara terhad dari 2 Jun setelah tamat tempoh pemutus rantaian jangkitan, anda masih boleh menikmati hidangan istimewa bersama bapa, sama ada beliau tinggal bersama anda atau berjauhan dari anda.



Anda boleh menempah makanan kegemaran bapa anda dari tempat makan setempat untuk dikongsi bersama pada 21 Jun nanti.



Antara restoran yang menawarkan promosi khas Hari Bapa ialah restoran The Landmark.



The Landmark, yang dikenali dengan bufet mereka di Village Hotel Bugis, kini menawarkan pakej khas yang sesuai untuk dijamu tiga orang, enam orang atau 10 orang.



Pelanggan boleh memilih daripada masakan Nasi Padang, makanan laut atau masakan India Utara.



Hidangan di bawah pakej itu ialah antara hidangan yang paling digemar orang ramai, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Landmark, Encik Ali Abbas.



Ini termasuk ketam cili, ayam tandoori, ayam lemak cili padi dan banyak lagi.



"Khas untuk Hari Bapa, jika anda menempah pada hujung minggu itu, kami akan turut menyertakan hidangan tambahan secara percuma," kata Encik Ali.



Pakej bagi tiga orang, yang berharga daripada $30 hingga $40, akan disertai dengan 12 cucuk sate.



Pakej bagi enam orang, yang berharga daripada $60 hingga $70, akan disertai dengan setengah ayam tanduri dan 12 cucuk sate.



Pakej bagi 10 orang, yang berharga daripada $100 hingga $110, disertai dengan satu ayam tanduri dan 12 cucuk sate.



"Kami ingin menghidangkan masakan bufet kami di meja makan anda. Walaupun pada harga yang lagi murah, mutu masakan kami tidak langsung dikorbankan," kata Encik Ali.



Tambahnya, menu setiap pakej direka khas oleh Cef Bob dan pasukannya untuk menjamin kepelbagaian dalam jenis makanan serta nilai - selaras dengan apa yang dibelanjakan pelanggan.



Pakej ini boleh ditempah di laman web The Landmark dan anda boleh memilih sama ada anda mahu makanan itu dihantar atau diambil sendiri di restoran itu.



Sementara itu, gerai mi udang Deanna's Kitchen turut menawarkan promosi khas bagi Hari Bapa, dengan bihun ketam dan platter makanan laut mereka.



Kata pemilik Deanna's Kitchen, Cik Denise Deanna Chew, setelah promosi Hari Ibu mereka disambut baik oleh pelanggan, mereka membuat keputusan mengadakan promosi bagi Hari Bapa juga.



"Apabila kami meraikan ibu bapa, kami ingin sesuatu yang lebih mewah. Oleh itu, kami menawarkan platter makanan laut ini kerana ia bukan sesuatu yang kami makan setiap hari.



"Ia sesuatu yang istimewa, yang boleh dikongsi bersama," kata Cik Chew.



Tambahnya, pengalaman duduk dan makan bersama adalah sesuatu yang mereka harap dapat dinikmati pelanggan, walaupun tidak dapat keluar ke gerai mereka pada Hari Bapa.



"Oleh itu, kami menawarkan set seperti ini yang boleh dimakan ramai orang. Ia berbeza jika mereka duduk dan makan dari mangkuk yang berlainan.



"Apabila semua berkumpul di meja makan, berbual sambil mengopek udang, ketam dan sebagainya dan menikmati makanan itu bersama, ia satu pengalaman yang istimewa," ujarnya.



Makanan boleh ditempah di laman web deannaskitchensg.com dan ia akan dihantar terus ke rumah anda.



Restoran The Halia juga menawarkan beberapa pakej dan hadiah khas bagi bapa tahun ini.



Pelanggan boleh menempah set hadiah yang termasuk baucar restoran itu, bunga, kit terrarium DIY, serta kad seni khat yang dibuat mengikut tempahan.



Terdapat tujuh set hadiah yang ditawarkan, yang berharga daripada $70.35 (termasuk baucar makanan $30) hingga $207.05 (termasuk baucar makanan $80).



Selain itu, mereka juga menawarkan 12 pakej makanan yang boleh dihantar ke rumah berserta dengan bunga atau kit terrarium tersebut dan kad seni khat itu.



"Kami telah mereka pakej berbeza khas bergantung kepada situasi dan dinamik hidupan kami sekarang," kata pengarah pengurusan The Halia, Cik Esther Wee.



Seperti contoh, mereka menawarkan set 'bento' yang sesuai bagi ibu bapa yang tidak tinggal bersama anak mereka dan tidak dapat menjamu selera bersama pada hari itu.



Mereka juga menawarkan pakej yang sesuai bagi empat hingga enam pelanggan dewasa, untuk mereka yang dapat melawat ibu bapa atau tinggal bersama mereka.



"Walaupun kami tidak dapat makan di luar sempena Hari Bapa, kami berharap pelanggan kami tetap dapat menunjukkan penghargaan kepada bapa mereka melalui pilihan pakej dan hadiah kami," kata Cik Wee.



Semua tempahan harus dilakukan sebelum Selasa ini di laman The Halia www.thehalia.com.



Penghantaran makanan dan set hadiah akan dilakukan pada Hari Bapa.




INGIN KERJASAMA?



Ruangan BHalal ini memaparkan segalanya mengenai sektor Halal setempat. Jika anda sebuah firma F&B atau syarikat dalam sektor Halal dan ingin bekerjasama dengan kami, sila hubungi Ismawati Ismail menerusi e-mel: iismail@sph.com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >