Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lembaran baru hubungan S'pura-Jerman dengan lawatan Presiden Halimah

Dec 12, 2019 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah bertemu dengan Canselor Jerman, Cik Angela Merkel (kanan) semasa lawatannya ke negara itu.



Memuat naik gambar beliau bersama Cik Merkel di Facebook semalam, Puan Halimah berkata mereka telah mengesahkan lagi hubungan dua hala yang baik dan sudah lama terjalin antara Singapura dengan Jerman.



"Kami juga menyambut baik... Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) EU (Kesatuan Eropah)-Singapura yang akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi yang kukuh antara Singapura dengan Jerman," ujarnya.



Selain itu, mereka turut menilai kerjasama yang baik dalam pelbagai bidang antara Singapura dengan Jerman dari segi pendidikan, ekonomi, pertahanan dan budaya.



Puan Halimah turut bertemu Mayor Pemerintah Berlin, Encik Michael Müller, di Dewan Bandar Raya Berlin.



Mereka bertemu sebelum ini ketika Encik Müller melawat Singapura Oktober lalu.



Antara lain, Puan Halimah dan Encik Müller meneruskan perbincangan mereka tentang bagaimana kedua-dua negara boleh meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pertahanan dan pendidikan.



"Saya mengalu-alukan usaha mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara pada masa akan datang," ujar Puan Halimah.



Lawatannya ke Jerman ditemani suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Menteri Pendidikan Ong Ye Kung; Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan) Dr Tan Wu Meng; serta Anggota Parlimen (AP) Profesor Fatimah Lateef dan Encik Patrick Tay.



Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >