Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SOAL-JAWAB

Antara soalan yang sering ditanya berkaitan halal

Feb 23, 2020 | 05:30 AM



SOALAN: Bolehkah orang Islam makan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam?



JAWAPAN: Memakan makanan yang halal itu wajib bagi semua orang Islam. Orang Islam boleh makan makanan yang disiapkan dan/atau dijual orang bukan Islam, asalkan bahan dan prosesnya halal.



SOALAN: Bolehkah orang Islam makan makanan yang tidak ada sijil halal?



JAWAPAN: Orang Islam boleh memilih makanan yang tidak ada sijil halal daripada badan Islam, asalkan mereka yakin dan dapat memastikan bahawa makanan itu telah disediakan mengikut syariah.



SOALAN: Bolehkah orang Islam makan kek yang mengandungi alkohol namun tidak memabukkan.



JAWAPAN: Larangan meminum alkohol bukan sahaja kerana ia memabukkan tetapi juga kerana ia najis. Ini jelas dalam kesemua empat mazhab - Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.



Allah swt telah menyatakan dalam Surah Al-Ma'idah ayat 90 yang bermakna: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."



Justeru sekiranya makanan itu dicemari walaupun dengan setitis alkohol pun, makanan itu dianggap sebagai najis, walaupun ia bukan tahap memabukkan.



Muslim tidak boleh memakan najis atau makanan yang dicemari najis. Oleh itu, kita tidak boleh memakan kek dan pastri di mana alkohol merupakan salah satu daripada bahannya.



  • Sumber: Laman web Muslim.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >