Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Sekilas dunia: Covid-19

Apr 12, 2020 | 05:30 AM

WHO teliti laporan pesakit diuji positif walau ujian pertama negatif

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata pihaknya sedang meneliti laporan mengenai beberapa pesakit Covid-19 yang diuji positif selepas diuji negatif bagi penyakit itu pada mulanya sementara dipertimbang dikeluarkan daripada hospital.

Pegawai Korea Selatan kelmarin melaporkan seramai 91 pesakit yang pada mulanya dikatakan sudah pulih telah diuji positif bagi virus itu sekali lagi.

Dr Jeong Eun-kyeong, pengarah bagi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, memberitahu media dalam satu taklimat bahawa virus itu mungkin menjadi "aktif semula" dan bukan kerana pesakit dijangkiti lagi.

Apabila ditanya oleh Reuters mengenai laporan itu, WHO, yang berpangkalan di Geneva, berkata:

"Kami tahu tentang laporan individu ini yang diuji negatif bagi Covid-19 menggunakan ujian PCR (reaksi rantaian polymerase) dan setelah beberapa hari kemudian diuji positif.

"Kami sedang berhubung rapat dengan pakar klinikal kami dan bekerja keras untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes individu tersebut." - Reuters.


Indonesia sahkan 330 kes jangkitan baru, dengan 327 kematian keseluruhan

JAKARTA: Indonesia mengesahkan 330 kes jangkitan koronavirus semalam, dengan negara itu kini mencatatkan sebanyak 3,842 kes secara keseluruhan, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Dr Achmad Yurianto.

Beliau juga mengesahkan terdapat 21 kematian berkaitan virus itu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 327, katanya dalam satu siaran sidang media.

Jakarta, yang didiami sekitar 10 juta penduduk, mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 159, diikuti Jawa Barat (40 kes), Jawa Timur (25 kes), Jawa Tengah (22 kes), Banten (21 kes), Sulawesi Selatan (15 kes) dan bakinya di daerah lain. - Reuters, Xinhua.


M'sia lapor tambahan 184 kes positif, jadikan keseluruhan kes 4,530

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia melaporkan tambahan 184 kes jangkitan koronavirus disahkan semalam, sekali gus meningkatkan jumlah kes keseluruhan kepada 4,530 - yang tertinggi di Asia Tenggara.

Data terkini itu merangkumi tiga kematian baru, meningkatkan jumlah kematian keseluruhan akibat wabak itu kepada 73.

Kementerian itu berkata sebanyak 44 peratus daripada semua kes yang disahkan telah pulih. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3