Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Antara pusat penjaja yang baru dibuka

Jan 08, 2018 | 05:30 AM



Pusat Makanan dan Pasar Bukit Merah View



Ia dibuka semula minggu lalu selepas kerja ubah elok selama dua bulan.



Pusat penjaja yang menempatkan lebih 150 gerai makanan dan runcit ini kini dilengkapi dengan kemudahan lebih mesra warga emas.



Kemudahan wi-fi percuma juga disediakan selain beberapa peralatan teknologi lain bagi menarik lebih ramai pengunjung muda.



Kerja ubah elok tersebut adalah sebahagian daripada program pembaikan dan pembaharuan Majlis Bandaran Tanjong Pagar.




Pusat Penjaja Jurong West



Pusat penjaja baru di Jurong West Street 61 ini dirasmikan pada Oktober lalu.



Ia merupakan pusat penjaja pertama yang dikendalikan syarikat Koufu untuk memajukan pusat penjaja generasi akan datang.



Ini dilakukan menerusi program bimbingan 'Hawkerpreneurs'.



Di bawah program itu, peserta akan diajar cara menguruskan perniagaan mereka.



Kos permulaan gerai sekitar $10,000 akan turut diserap, termasuk tidak perlu membayar sewa bagi bulan pertama.



Pusat penjaja ini juga merupakan satu perusahaan sosial.




Pusat Penjaja Yishun Park



Pusat yang terletak di Yishun Avenue 11 ini dibuka September lalu dengan 13 pegerai baru dalam bidang perniagaan penjaja.



Ejen pengurusan Timbre Group berkata dalam satu kenyataan media bahawa terdapat 43 penjaja di pusat ini.



Pusat penjaja ini mempunyai ciri-ciri mesra keluarga seperti ruang bermain dan sistem memulangkan dulang yang dilengkapi dengan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).



Ia juga dilengkapi sudut tokokan bagi pembayaran tanpa wang tunai.



Sebagai kemudahan tambahan, ia bakal menempatkan permainan arked dan mesin pinbal dan juga kegiatan hujung minggu untuk mengeratkan hubungan masyarakat.




Pusat Penjaja Kampung Admiralty



Pusat penjaja di Kampung Admiralty yang terletak di tingkat dua bangunan itu menyediakan hidangan sihat dan termampu.



Setiap satu daripada 43 gerai makanan menawarkan sekurang-kurangnya dua hidangan tidak lebih daripada $2.80.



Sehingga 50 peratus daripada semua hidangan akan mematuhi piawaian pilihan lebih sihat Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).



Pusat penjaja yang boleh menempatkan 900 orang itu dibuka September lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >