Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Singkap keterlibatan BH sepanjang tahun

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



Pandemik Covid-19 telah menjejas ekonomi secara keseluruhan dengan beberapa sektor terjejas teruk seperti penyedia khidmat perkahwinan dan sektor makanan dan minuman. Bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat mengutarakan keprihatinan tentang kesan krisis tersebut terhadap kehidupan mereka, BERITA HARIAN telah meneruskan siri dialog dengan golongan berbeza dari pelbagai sektor secara dalam talian. Sesi tersebut turut melibatkan Anggota Parlimen (AP) yang mendengar keprihatinan mereka dan berkongsi maklum balas. Kami imbas kembali beberapa sesi yang diadakan berserta komen mereka yang terlibat.




CIK JOSEPHINE TEO BERSAMA ASATIZAH



ASATIZAH KEKAL RELEVAN



Dari segi kemajuan dalam masyarakat, asatizah merupakan komponen penting dan memainkan peranan penting dalam masyarakat. Untuk itu, saya berbesar hati mendengar ramai asatizah yang terbuka dan sedia untuk mencuba perkara baru kerana kita semua perlu menyesuaikan diri untuk kekal relevan terutama sekali dalam ekonomi yang pesat berubah ini."
- Cik Josephine Teo, Menteri Tenaga Manusia, yang menyertai dialog bersama asatizah setempat. "




CIK RAHAYU MAHZAM BERSAMA PENIAGA DI RUMAH (HBB)



SESUAIKAN NIAGA



Kerencaman dan keperluan perniagaan anda agak berbeza dan penyelesaiannya juga berbeza. Yang penting, kita harus kekal prihatin terhadap ekonomi, terhadap ekosistem dan trend-trend (pasaran) yang sedia ada... adakah perniagaan anda dapat dikekalkan buat jangka panjang... dan jika anda perlukan idea... untuk mengembangkan perniagaan, anda boleh merujuk kepada wadah seperti itu."
- Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen (Kesihatan), dalam dialog bersama peniaga perusahaan dari rumah (HBB). "




ENCIK ZAQY BERSAMA PENGGIAT SENI



PENGGIAT SENI HARUS BAK USAHAWAN



Walaupun anda penggiat seni, anda harus berfungsi seperti usahawan bagi mengekalkan aktiviti seni anda. Saya akur anda perlu membayar pekerja atau peserta program, menanggung kos operasi dan banyak biaya lain... bergerak dalam ruang digital tidak sama dengan berada di pentas fizikal. Penyesuaian dan usaha memanfaatkan geran seni pemerintah yang sedia adalah langkah pertama."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), yang menyertai sesi dialog bersama penggiat seni. "




DR MALIKI BERSAMA EJEN HARTANAH



PERLU TINGKAT KESEDARAN



Tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkat. Mereka perlu menjadi pembeli dan penjual yang mempunyai pengetahuan yang setimpal mengenai urusan jual beli flat agar dapat membuat keputusan yang wajar."
- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), yang telah menyertai dialog bersama ejen hartanah.



DIALOG BAWA ARAH BAIK



Syukur dapat ketengahkan beberapa isu yang menjadi keutamaan masyarakat kita pasal hartanah. Semoga sesi dialog ini membawa kita kepada satu arah yang baik untuk semua."
- Encik Ahmad Ibrahim dari ERA Realty Network Pte Ltd (dari Facebook).



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >