Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS - BULAN BAHASA

Mahu tonjolkan kaitan seni, budaya Melayu melalui bahasa

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



DARI benua Asia hingga ke benua Eropah.



Demi memperjuangkan seni dan budaya Melayu, Dr Muhammad Noramin Mohamed Farid sanggup merentas samudera.



Sebagai seorang anak seni kelahiran Singapura, pencapaian beliau di peringkat antarabangsa juga merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan dapat dicontohi ramai.



Beliau menjadi penggiat tari Melayu pertama di sini yang meraih ijazah falsafah kedoktoran (PhD) dalam Pengajian Teater, Drama dan Tari daripada Royal Holloway, Universiti London, Britain, di mana beliau mengkaji sejarah sosiobudaya tarian Melayu di Nusantara sewaktu tempoh penjajahan dan pascapenjajahan. Maka tidak dapat dinafikan, pelantikan Dr Noramin, 34 tahun, yang mesra dengan panggilan Soultari Amin Farid, sebagai Duta Bahasa tahun ini wajar diberikan.



Meskipun menganggap pelantikan ini sebagai antara pengiktirafan terbesar dalam dirinya, namun menurut Dr Noramin, ia juga datang bersama tanggungjawab yang besar.



Ia memerlukan beliau membuat ''pertukaran cara hidup'' terutama dari segi mencorak pengajaran dan pengendalian kelas atau program tarian. Di samping itu, beliau akur bahawa peranan sebagai Duta Bahasa ini adalah untuk seumur hidup sambil menambah peranan ini tidak akan diambil remeh.



Memberitahu akhbar Berita Harian (BH) sewaktu sidang media Bulan Bahasa baru-baru ini, Dr Noramin berkata:



''Saya rasa memang ini tanggungjawab yang besar kerana saya bukannya seseorang yang sering menggunakan bahasa Melayu secara harian - saya perlu memikir dalam bahasa Inggeris sebelum dapat menterjemahkannya dalam bahasa Melayu.



''Disebabkan ini, saya rasa perlu melakukan pertukaran cara kehidupan saya dan tidak akan menjadikannya satu hambatan dalam terus memperjuangkan bahasa ibunda kita. Jadi dengan itu, saya dapat menjadi tauladan dan contoh yang terbaik.''



Tanpa bahasa, tiadalah identiti masyarakat dan oleh itu Dr Noramin percaya bahawa bahasa dan budaya amat berkait rapat.



''Saya percaya kesenian Melayu kita merupakan antara cara untuk kita mengenali bahasa dan juga penguasaan bahasa itu pun boleh membantu untuk memahami makna yang tersirat dan tersurat dalam seni,'' ujarnya yang juga merupakan Pengarah Artistik Bersama di Bhumi Collective dan Pengasas Bersama dan Presiden, Dian Dancers.



Selain itu, beliau juga kini menjadi pensyarah adjung mengenai seni persembahan Asia di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) serta mengendalikan kelas tarian buat pelajar Politeknik Temasek dan Politeknik Singapura. Sebagai penggiat-pengkaji seni, beliau berpendapat bahawa penggiat muda harus menerajui penciptaan karya seni yang inovatif, kritikal dalam mengharungi landskap yang berubah-ubah.



Lantaran itu, dalam pengajaran tarian Melayu, beliau sering menggunakan peribahasa untuk menonjolkan kaitan antara budaya, seni dan bahasa. Kini dengan tanggungjawab beliau sebagai Duta Bahasa, Dr Noramin berharap beliau dapat menunjukkan bagaimana seni Melayu berkaitan dengan bahasa dan budaya Melayu secara intrinsik.



Di samping itu, beliau juga ingin menggalak belia menggunakan bahasa ibunda mereka dan menyelidik bahasa Melayu dengan sepenuhnya.



Dengan memahami bahasa Melayu dengan mendalam lagi, ia dapat dijadikan pengantaraan dengan negara jiran di rantau ini.



''Tidak dapat dinafikan, bahasa Melayu adalah bahasa serantau dan sebaik-baiknya kita tahu yang penguasaan bahasa ini dapat merapatkan kita dengan negara jiran,'' ujarnya




"Saya percaya kesenian Melayu kita merupakan antara cara untuk kita mengenali bahasa dan juga penguasaan bahasa itu pun boleh membantu untuk memahami makna yang tersirat dan tersurat dalam seni."
- Dr Noramin Farid, Duta Bahasa baru Bulan Bahasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >