Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nombor siri unik bagi setiap hartanah diusulkan untuk elak senarai dalam talian palsu dan berbilang

Nov 05, 2021 | 08:32 PM



TIDAK lama lagi, pencari rumah tidak perlu menyaring senarai hartanah tiruan dan berbilang apabila mencari rumah di portal penyenaraian hartanah.


Nombor siri unik boleh diberikan kepada setiap hartanah sebelum ia boleh diterbitkan di portal dalam talian untuk mengelakkan berbilang penyenaraian.


Ia merupakan huraian yang dicadangkan bersama oleh lima agensi hartanah terbesar Singapura, portal penyenaraian hartanah dan pihak berkepentingan industri utama, dalam usaha menyelaraskan pengalaman mencari hartanah untuk pencari rumah.


Pada Jumaat (5 Nov), Menteri Negara bagi Pembangunan Negara, Encik Tan Kiat How, mengumumkan pembentukan Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Penyenaraian Hartanah Tepat.


Ia bertujuan menangani penyenaraian palsu, iaitu iklan di portal hartanah dalam talian yang tidak menunjukkan hartanah sebenar yang ada untuk dijual atau disewa. Senarai palsu ini boleh digunakan untuk memancing data bagi nombor telefon atau, dalam senario lain, berubah menjadi penipuan sewa atau pembelian rumah.


Sementara itu, penyenaraian berbilang pula ialah beberapa iklan hartanah yang sama, biasanya oleh ejen berbeza yang memasarkan hartanah yang sama.


"Ini adalah masalah lama yang sering dihadapi oleh pengguna apabila mencari hartanah - dan juga ejen hartanah, apabila mereka menjalankan carian hartanah untuk pelanggan mereka," kata Encik Tan di majlis Anugerah Kecemerlangan Ejen Hartanah SG maya pada Jumaat.


AfA itu akan diketuai bersama oleh Persatuan Ejen Hartanah Singapura (SEAA) dan portal dalam talian PropertyGuru dan 99.co.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >