Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Norma baru: Model kerja hibrid?

Oct 25, 2020 | 05:30 AM



EKORAN pandemik Covid-19, bekerja dari rumah adalah norma baru bagi sebahagian besar pekerja dan majikan.



Pekerja setempat telah mula bekerja dari rumah sejak langkah pemutus rantaian jangkitan (CB) diperkenalkan April lalu, sehinggalah apabila peraturan itu dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai pekerja kembali ke pejabat pada hujung bulan lalu.



Sejak Covid-19 melanda, kelonggaran bekerja dari rumah memang dihargai pasangan Cik Dian Hayati Mohamed Yusoff dan suami Encik Mulya Karmadi Mohamed Salleh (gambar atas) kerana lebih banyak masa dapat diluangkan bersama anak-anak mereka.



Namun, Cik Dian, seorang pegawai kewangan, akui perasaan rindu terhadap rakan sekerja serta interaksi di pejabat tetap dirasai.



"Kami seronok bekerja dari rumah, dengan waktu yang fleksibel, masa dengan keluarga, dan peluang untuk lebih terlibat dalam pembelajaran anak-anak. Ini merupakan rezeki di sebalik pandemik ini.



"Tapi ada juga rasa rindu dengan rakan kerja yang juga teman baik saya. Biasanya, kami akan makan bersama hilangkan stres," katanya.



Mujur beliau kini dapat kembali ke pejabat sekitar seminggu sekali untuk melakukan apa yang perlu sejak awal bulan ini setelah syarikatnya mula memberi pilihan tersebut bagi pekerja sambil mematuhi peraturan jarak selamat.



Beberapa syarikat di sini yang ditinjau Berita Minggu (BM) berkata pekerja mereka masih terus bekerja di rumah sebagai pilihan utama. Namun, dalam jangka panjang, apakah pilihan mereka? Adakah model hibrid yang merupakan gabungan kerja di rumah dan pejabat menjadi pilihan?




Laporan lanjut :



 • Majikan, pekerja bersedia bagi model kerja hibrid



 • Pakar: Majikan perlu hapus tanggapan WFH tidak produktif, pekerja pula perlu diberi sokongan



 • 'SEDIH' pejabat kosong, tapi sedar perlu dakap 'norma baru'



 • Hargai fleksibiliti, tapi rindu juga interaksi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >