Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nostalgia 'bermain' di Pulau Sekijang Pelepah

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



KENANGAN terjun ke laut untuk bermain bersama rakan-rakan dan memancing sotong pada waktu malam masih segar dalam ingatan Cikgu Jalel Kasman.



Namun, di sebalik senyuman mengimbas kenangan indah membesar di Pulau Sekijang Pelepah, yang juga dikenali sebagai Lazarus Island, ada juga perasaan sayu yang tidak dapat disembunyikan.



Dalam satu wawancara dengan akhbar ini baru-baru ini, Cikgu Jalel, 79 tahun, kembali ke kampung halamannya di Pulau Sekijang Pelepah - kali pertama sejak beliau berpindah ke tanah besar Singapura pada 1976.



Cikgu Jalel dilahirkan di pulau itu pada 1942 dan di situlah tempat beliau membesar bersama keluarga, membina kerjaya sebagai guru dan mendirikan rumah tangga.



Beliau tinggal di rumah atas air di pulau itu, dengan sumber rezeki utama orang kampung pada waktu itu ialah tangkapan laut seperti ikan dan siput.



"Waktu itu, masih kerajaan British. Penduduk kampung dulu semuanya kerja sebagai nelayan. Kadangkala, saya tolong ayah buat bubu, dan kemudian ikut ayah pergi ke laut, tengok bubu, dan pasang bubu," kata beliau.



Bubu ialah jenis peralatan menangkap ikan yang dipasang secara statik di tempat tertentu supaya ikan terperangkap.



"Permainan pada masa itu tak banyak... sembunyi-sembunyi, batu keleret, dukung anak (dengan rakan-rakan). Bila air pasang, kita ramai-ramai dengan kawan terjun main air. Kemudian ada peraduan pula, siapa yang boleh menyelam lama. Seronok zaman kanak-kanak," tambah Cikgu Jalel.



Kerjayanya sebagai guru juga bermula di pulau itu, dengan Cikgu Jalel mula mengajar di Sekolah Pulau Sekijang Pelepah sebelum berpindah ke Pulau St John lapan tahun kemudian untuk mengajar di Sekolah Inggeris Pulau St John.



Beliau mengongsi kenangan lamanya itu bersama The BM Show dalam segmen 'Singapura' yang akan disiarkan di Facebook dan Instagram Berita Harian esok.



The BM Show telah diberi akses untuk mewawancaranya di Bendera Bay di Pulau St John, atau Pulau Sekijang Bendera, iaitu nama asal Melayu pulau itu.



Bendera Bay - hasil ilham nama asal Melayu pulau itu - adalah seluas 3.9 hektar dan merangkumi lagun dengan pelbagai habitat bakau, karang, rumput laut, pantai berpasir dan pantai berbatu.



Teluk ini ditutup kepada orang awam pada masa ini. Tahun lalu, Lembaga Taman Negara (NParks) dan masyarakat Friends of Marine Park (FMP) mengumumkan bahawa akses ke kawasan berpagar itu hanya dibenarkan melalui program bertemakan penyelidikan, rekreasi, warisan dan pendidikan.



Antara program yang mungkin akan diadakan ialah sesi perkongsian oleh keluarga yang pernah tinggal di situ bagi orang ramai mengenali lebih lanjut tentang kehidupan di pulau itu.



Cikgu Jalel, yang mengajar di Sekolah Rendah Henderson sehingbersara pada 2001, berkata beliau amat merindui pengalaman membesar di pulau itu.



Bagi generasi muda hari ini, Cikgu Jalel berharap mereka akan mempelajari tentang asal usul pulau itu, dan akan terus mengingati dan melestarikan penggunaan nama-nama pokok dan haiwan laut dalam bahasa Melayu.



"Jika tidak, nama ikan, siput, kerang ini semua akan luput dari bahasa Melayu kita," kata beliau.



LAPORAN LANJUT: Pancing ikan tapi lepaskan semula ke laut?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >