Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Nota palsu air di Sengkang ‘tercemar’: Wanita ditangkap di bawah Akta Kesihatan Mental

Setempat
27
0

Nota palsu air di Sengkang ‘tercemar’: Wanita ditangkap di bawah Akta Kesihatan Mental

Air
Feb 10, 2018 | 06:00 PM

SEORANG    wanita berusia 40 tahun ditangkap kerana disyaki meletakkan nota di sebuah blok HDB   di Sengkang yang mendakwa bahawa “air kita tercemar”.

Polis mengesahkan kepada  The Straits Times (ST) pada  Sabtu (10 Feb) bahawa wanita itu ditangkap di bawah Akta Kesihatan Mental.

ST difahamkan  bahawa wanita itu   penduduk di tingkat 12 Blok 406B, Fernvale Road, tempat   nota tersebut  dijumpai pada  Jumaat.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa satu laporan telah dibuat dan mengatakan bahawa kes itu  dikenal pasti sebagai tindakan menimbulkan keadaan  cemas dengan sengaja.

Agensi air negara PUB  memberi amaran pada  Jumaat   bahawa ia telah menerima laporan mengenai nota yang disisip di pintu flat  di Block 406B, Fernvale Road, pada hari itu.

Nota yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Cina itu menyatakan:  “Sumber air kita  tercemar teruk oleh  bahan beracun. Harap  gunakan air mineral untuk minum dan memasak. Harap  tutup semua perangkap lantai dan  lubang singki apabila tidak digunakan kerana terdapat gas yang tidak diketahui.”

PUB membuat laporan polis dan mendapatkan  sampel air dari blok itu.

Ia mengatakan bahawa ujian di tempat itu  menunjukkan mutu  air berada dalam julat  normal dan selamat  diminum.

“Orang ramai tidak perlu khuatir,” kata PUB.

Siasatan polis sedang dijalankan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3