Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nota Panduan teknikal terkini bagi perbaiki pengalihan dan mutu udara bangunan

May 26, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Bangunan dan Binaan (BCA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengemas kini Nota Panduan teknikal untuk pemilik bangunan dan pengurus kemudahan memperbaiki pengalihan udara dan mutu udara dalam bangunan.



Ini selepas ia mengambil kira keadaan Covid-19 yang terkini, menurut kenyataan bersama agensi semalam.



Nota Panduan yang diterbitkan pertama kali pada Mei tahun lalu, memberi panduan kepada pemilik bangunan dan pengurus kemudahan tentang pelaksanaan pengalihan udara yang baik di ruang-ruang tertutup.



Panduan itu adalah untuk premis bukan perumahan yang menggunakan hawa dingin, serta premis yang mempunyai pengalihan udara semula jadi - kecuali premis khas seperti kawasan pengeluaran kilang, hospital, poliklinik dan makmal yang mempunyai peraturan khusus.



Menurut kenyataan itu Nota Panduan itu menyediakan saranan teknikal yang terperinci untuk premis berdasarkan jenis sistem pengalihan udara yang digunakan.



Ini adalah berdasarkan prinsip memaksimakan pengambilan udara segar dan pembersihan yang sewajarnya bagi udara yang dikitar semula.



"Semua pengurus bangunan dan kemudahan amat digalak agar mengikut saranan dan mengekalkan sekitaran dalaman yang sihat untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19," jelas kenyataan itu.



Nota Panduan itu boleh didapatkan di laman web BCA, NEA dan MOH.



Kata kenyataan, di samping amalan kebersihan yang baik - seperti memakai pelitup muka - pengalihan udara yang baik akan mengelak pengumpulan sebarang virus dalam udara, sekali gus mengurang risiko pendedahan terhadap virus.



Dalam ruang bukan rumah yang tertutup, pengalihan udara yang baik dan pembersihan tetap saling melengkapi langkah jarak selamat yang ada bagi mengurangkan risiko penghuni atau pelawat terhadap virus Covid-19.



Bagi pengangkutan awam seperti bas dan kereta api pula, mereka mempunyai pengalihan udara yang baik menerusi pengambilan udara segar dan/atau mekanikal.



Sistem pengalihan udara bersama rejim pembersihan dipertingkat dan penyahjangkitan, serta penumpang yang berdisiplin, akan mengurangkan pendedahan mereka kepada virus, tambah kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >