Notis duduk rumah bagi pekerja asing, tanggungan dilanjut hingga 18 Mei, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

Notis duduk rumah bagi pekerja asing, tanggungan dilanjut hingga 18 Mei

Langkah disebabkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka kekal ketara lebih tinggi daripada masyarakat umum
May 02, 2020 | 05:30 AM

NOTIS duduk di rumah (SHN) yang dikenakan ke atas kira-kira 180,000 pekerja asing dalam industri binaan serta tanggungan mereka akan dilanjutkan 14 hari lagi sebagai langkah pencegahan bagi mengekang penyebaran koronavirus Covid-19.

Para pekerja itu, yang merupakan pemegang permit kerja dan Pas S sekarang akan mejalani SHN yang pada mulanya dijadualkan berakhir Isnin ini akan dilanjutkan hingga 18 Mei, 11.59 malam.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dalam kenyataan bersama berkata jangkitan dalam kalangan pemegang pas kerja binaan yang tinggal di premis tidak dibina khusus sebagai dormitori terus meningkat.

"Jangkitan/penyebaran luas dalam kalangan mereka kekal ketara lebih tinggi daripada masyarakat umum. Ini menunjukkan jangkitan di tapak binaan dalam kalangan pekerja sedemikian berlaku sebelum tempoh SHN bermula," kata tiga agensi itu.

Warga Singapura yang dikenakan SHN biasanya melakukannya dengan mengasingkan diri tetapi pemegang pas kerja binaan kemungkinan melakukannya di tempat penginapan bersama, di mana mereka terus berinteraksi antara satu sama lain.

Kilang yang diubah menjadi dormitori, misalnya, mungkin mempunyai seramai 12 lelaki berkongsi bilik.

Kes yang sekarang ditemui mungkin dijangkiti lebih awal atau telah tersebar antara kenalan rapat dan rakan serumah, kata kenyataan itu.

"Berdasarkan penilaian kesihatan awam MOH, lanjutan SHN selama 14 hari untuk merangkumi tempoh pengeraman virus itu akan membantu memutuskan kitaran jangkitan," katanya.

Seramai 180,000 pekerja dan tanggungan mereka yang terjejas oleh SHN sekarang tinggal di kilang yang diubah menjadi dormitori, kuarters sementara di tapak binaan atau premis penginapan privet seperti rumah kedai.

Sekitar 27,000, atau 15 peratus, daripada 180,000 itu, kebanyakannya pemegang Pas S dan tanggungan mereka, tinggal di flat HDB.

Kenyataan itu menambah bahawa pemerintah menyedari kesan tindakan tersebut terhadap majikan, dan berkata usaha ini akan membantu membolehkan sektor pembinaan dimulakan semula.

"Sejauh ini, sebilangan besar majikan menjaga pekerja mereka dengan baik. Kami memerlukan mereka terus melakukan demikian selama baki tempoh SHN," kata kenyataan itu sambil menambah bahawa majikan harus membuat pengaturan bagi penghantaran makanan atau bahan makanan bagi membolehkan memasak, dan keperluan harian lain.

Sekiranya pekerja mereka tidak sihat, majikan juga harus memastikan mereka berjumpa doktor. Sedapat mungkin, pekerja tidak sihat juga harus diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam satu kenyataan berasingan yang memperincikan bantuan menyeluruh pemerintah kepada pekerja asing yang tinggal di asrama, MOM berkata pihaknya telah secara aktif mendekati majikan untuk memastikan pekerja asing terus dibayar gaji tepat pada masanya.

Sejak itu, lebih banyak majikan membayar gaji pekerja mereka secara elektronik.

Bahkan, bilangan pekerja yang mempunyai bank akaun telah meningkat daripada 472,000 sebelum tempoh pemutus litar kepada 521,000 sekarang.

Daripada 8,500 majikan yang menyerahkan pengisytiharan pada MOM pula, sekitar 3 peratus (atau sekitar 300 majikan) menyatakan mereka berhutang gaji pekerja.

Sebanyak tujuh majikan dilaporkan menghadapi kesukaran kewangan dan mungkin tidak mampu membayar gaji pekerja mereka.

MOM berkata bagi kes seperti itu, Dana Bantuan Pekerja Asing akan dapat membantu meringankan beban.

Pasukan Bertindak Antara Agensi (ITF) juga telah memudahkan akses perkhidmatan pengiriman wang secara fizikal dan digital supaya pekerja boleh terus menghantar wang kepada keluarga mereka.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map