BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN SEKITARAN DAN SUMBER AIR

Notis kepada Tuaspring: Masagos tegas bekalan air S'pura tidak terjejas

PUB keluar notis 'default' selepas Hyflux gagal penuhi perjanjian yang dimeterai antara PUB dan Tuaspring Pte Ltd (TPL)

BEKALAN air di sistem air Singapura tidak terjejas setelah Tuaspring Pte Ltd (TPL), sebuah anak syarikat Hyflux, gagal memenuhi kontraknya, menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Beliau memberi respons kepada pertanyaan Cik Lee Bee Wah (GRC Nee Soon) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Profesor Daniel Goh, yang bertanya kesan kepada bekalan air Singapura setelah agensi air kebangsaan PUB mengeluarkan notis kemungkiran atau 'default' kepada TPL kerana gagal memenuhi Perjanjian Pembelian Air (WPA) antara PUB dengan TPL.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan