Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Notis pemberhentian kerja dalam sektor teknologi naik

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH notis pemberhentian kerja dalam sektor teknologi yang diterima Kementerian Tenaga Manusia (MOM) baru-baru ini telah menyaksikan peningkatan, dengan 1,270 pekerja penduduk daripada syarikat teknologi diberhentikan kerja dari Julai lalu hingga pertengahan bulan ini, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Daripada jumlah itu, sekitar lapan daripada 10 pekerja yang terjejas melakukan peranan bukan teknologi seperti penjualan, pemasaran dan fungsi korporat.



Sekitar tujuh daripada 10 pekerja berusia 35 tahun dan ke bawah, yang selaras dengan umur median rendah penduduk yang bekerja dalam sektor maklumat dan komunikasi (I&C).



Namun begitu, Dr Tan berkata jumlah pekerja dalam sektor itu yang diberhentikan kerja agak rendah sepanjang lima tahun yang lalu jika dibandingkan dengan jumlah pekerja yang menyertai sektor itu.



Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan Parlimen semalam oleh beberapa Anggota Parlimen (AP) berhubung berita pemberhentian pekerja daripada syarikat teknologi besar baru-baru ini dan kesannya terhadap tenaga kerja setempat.



Antara Jun 2017 dengan Jun lalu, terdapat purata 790 pekerja penduduk yang diberhentikan kerja setiap tahun.



Namun begitu, jumlah pekerja yang menyertai sektor itu tumbuh jauh lebih tinggi dalam tempoh yang sama, pada purata 8,100 penduduk setiap tahun.



Berdasarkan data pasaran pekerja sedia ada, Dr Tan berkata 260 penduduk diberhentikan kerja dalam separuh pertama tahun ini, berbanding peningkatan 7,000 penduduk yang memasuki sektor itu.



Dr Tan berkata kebanyakan pekerja sektor I&C yang diberhentikan kerja berjaya mendapatkan pekerjaan baru tidak lama selepas itu.



"Dalam suku kedua 2022, kadar kemasukan semula ke dalam pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas pemberhentian kerja bagi penduduk dalam sektor itu lebih tinggi berbanding dalam ekonomi keseluruhan, bagi pekerja teknologi dan bukan teknologi.



"Ini menunjukkan pekerja bukan teknologi yang diberhentikan kerja juga menemui peluang pekerjaan dalam seluruh sektor I&C dan ekonomi lebih besar," kata beliau.



Menjawab soalan Anggota Parlimen Dilantik, Dr Shahira Abdullah, sama ada permintaan bagi bakat teknologi telah mula merosot tahun ini, Dr Tan berkata kerja kosong dalam sektor I&C telah meningkat daripada 11,100 pada Disember tahun lalu kepada 12,100 pada Jun lalu - lebih tiga kali tinggi berbanding 3,800 kerja kosong pada Jun 2020.



Di samping itu, sektor lain seperti khidmat kewangan, termasuk bank tempatan, juga sedang mencari pekerja bagi peranan teknologi.



"Secara keseluruhannya, ini menunjukkan terdapat kapasiti penyerapan yang kukuh merentas ekonomi lebih besar dan peluang bagi pekerja terjejas memenuhi peranan dalam permintaan," kata Dr Tan.



Beliau menambah bahawa separuh daripada syarikat teknologi yang memberhentikan pekerja antara Julai lalu dengan pertengahan bulan ini telah mendekati rakan yang membantu pekerja mencari pekerjaan baru (outplacement partners) atau memanfaatkan rangkaian industri untuk menyediakan khidmat peralihan kerjaya untuk pekerja yang terjejas.



"Di samping itu, Pasukan Bertindak bagi Pemberhentian Kerja Bertanggungjawab dan Pemudahan Pekerjaan (RTF), merangkumi wakil daripada Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC, sedang mendekati semua pekerja setempat yang terjejas, termasuk belia... untuk menawarkan sokongan pekerjaan. Ini termasuk kit maklumat mengenai pameran kerja, nasihat kerjaya dan khidmat bimbingan.



"Bagi pekerja bukan teknologi yang diberhentikan kerja, kami juga akan menggalak mereka mempertimbangkan Program Penukaran Kerjaya (CCP) dan juga peningkatan kemahiran untuk mempertingkat peluang mereka kembali ke tenaga kerja," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >