Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU juga dimeterai bersama Aux Media Group, Pixotope dan The Star Performing Theatre untuk luaskan peluang pelajar media dan perkukuh kerjasama dengan industri

NP rintis kurikulum penerbitan maya, buka ruang baru bagi pelajar media teroka teknologi canggih masa depan

Jun 06, 2023 | 05:21 PM



PELAJAR pengajian media dan filem (FMS) Politeknik Ngee Ann (NP) kini boleh memanfaatkan sebuah ruang baru, M:idea Playground, yang membolehkan mereka bukan meneroka penerbitan maya sahaja, bahkan teknologi canggih lain, seperti realiti maya, realiti terimbuh dan seni digital.

Malah, mulai 2024, semua pelajar tahun kedua yang diploma pascapenerbitan media akan menjalani latihan penerbitan maya sebagai sebahagian daripada kurikulum terasnya, satu usaha yang dirintiskan politeknik itu.

Pelajar tahun terakhir yang mengikuti diploma perhubungan massa dan filem, bunyi dan video pula akan berpeluang menghasilkan projek penerbitan maya bagi modul akhir mereka.

Ini semua merupakan sebahagian daripada usaha NP untuk mempersiap pelajar bagi penghasilan kandungan masa depan, melengkapi pelajar dengan kemahiran penerbitan maya – salah satu kemahiran yang sangat diburu industri.

Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, pada Isnin merasmikan M:idea Playground di Sekolah FMS NP, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 200 pelajar setiap tahun.

Menerusi ruang tersebut, pelajar akan mendapat latihan amali untuk menyampaikan cerita secara inovatif menggunakan pelbagai alat teknologi canggih.

Mereka juga akan dapat meneroka projek penstriman langsung, mengadakan persembahan secara langsung menggunakan teknik pemetaan unjuran (projection mapping) serta menghasilkan seni digital.

Pada Isnin, FMS juga memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama tiga rakan industri strategik – hab berbilang studio AUX Media, syarikat teknologi antarabangsa Pixotope, dan penyedia tempat The Star Performing Theatre – dalam usaha untuk memupuk pelajar dengan kemahiran siap bagi masa depan serta meluaskan peluang pembelajaran berbilang wadah bagi pelajar media.

Pengetua yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NP, Encik Lim Kok Kiang, dalam ucapannya berkata dengan format penerbitan berasaskan teknologi terus mengubah industri media, adalah semakin penting institusi pengajian tinggi itu bekerjasama dengan rakan industri agar kurikulumnya kekal relevan.

Ketika ditemui Berita Harian, pensyarah yang juga pengerusi kursus di Sekolah FMS, Encik Jeffrey Zauhari, berkata menerusi interaksinya bersama orang-orang industri, mereka tidak cukup tenaga kerja bagi bidang penghasilan maya.


Justeru adalah penting NP mengisi jurang tersebut dan menyiapkan pelajar yang bersedia menyertai industri tatkala tamat pengajian.

Malah, beliau sedang bekerjasama dengan AUX Media untuk membangunkan bersama kurikulum bagi pelajar.

“Mereka tahu apa yang benar-benar diperlukan, dan kami di sini perlu memastikan pelajar mempunyai kemahiran serta pemikiran yang betul.

“Kerjasama itu penting... ia memastikan pelajar mendapat pendedahan dan meraih kemahiran holistik,” tambahnya.

Dalam pada itu, FMS juga akan menjalankan kursus pendek penerbitan acara maya pada Julai, untuk mememuhi permintaan dan minat kian meningkat dalam kalangan pelajar dewasa.

Dalam landskap sekarang di mana acara maya dan hibrid sudah menjadi biasa, program tiga hari itu akan melengkapi pelajar dengan cara menggabungkan penerbitan maya dalam industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >