Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NPark lancar trees.sg, kenali lebih 500,000 pokok

Mar 18, 2018 | 05:30 AM



INGIN tahu apakah jenis pokok yang mempunyai bunga yang cantik ditanam di estet kejiranan anda atau di manakah 262 pokok warisan yang ditanam serata Singapura?



Lungsur sahaja peta dalam talian dilancarkan Lembaga Taman Negara (NPark), trees.sg.



Peta itu menunjukkan lokasi lebih 500,000 pokok di Singapura yang dikatakan sebagai peta pokok paling luas pernah dibangunkan di Asia.



Ia mengambil masa selama 10 bulan untuk disiapkan dan menelan kos $100,000.



Pengguna akan dapat membaca maklumat pokok itu dengan menyentuh gambar pokok.



"Kami mahu orang ramai mempelajari mengenai pokok-pokok di estet kejiranan mereka dan secara bertahap-tahap, berasa terangsang mengenai apa yang boleh mereka lakukan dan bagaimana mereka dapat menyumbang kepada sekitaran. Itulah idea di sebalik meletakkan pokok-pokok itu dalam peta interaktif,'' kata Encik Oh Choew Sheng, pengarah kumpulan streetscape NParks.



Wadah itu dilancarkan semalam sempena meraikan Hari Hutan Antarabangsa yang jatuh pada Rabu ini.



Sejajar dengan pelancaran trees.sg, sebuah kumpulan masyarakat dikenali sebagai Friends of TreesSG juga dilancarkan semalam, yang bertujuan menebarkan cinta terhadap pokok-pokok dalam kalangan rakyat Singapura.



Sementara itu, NParks juga memulakan proses pemuliharaan warisan di Taman Fort Canning.



Sebanyak 18 pokok ditanam di sebuah ruang yang dikenali sebagai Taman Farquhar oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, dan anggota masyarakat yang lain.



Apabila siap pada Jun tahun depan, ia akan mengambil-alih lokasi Stamford Green yang ada sekarang dan akan menampilkan tanam-tanaman yang pernah ditanam oleh Major William Farquhar, Komandan Singapura yang pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >