Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks akan agih 400,000 peket benih tanaman boleh dimakan

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) akan mengagihkan sebanyak 400,000 peket benih tanaman boleh dimakan tahun ini, dan mereka yang berminat mendapatkannya boleh mendaftar mulai 10 pagi hari ini.



Agihan itu akan menjadikan jumlah peket benih yang diagihkan di bawah program Gardening with Edibles kepada 860,000 sejak ia dilancarkan Jun tahun lalu, kata NParks di pelancaran Pameran Hortikultur Pesta Taman Singapura.



Program itu bermatlamat menggalak orang ramai bercucuk tanam di rumah atau di tapak kebun masyarakat dan tapak khusus, lapor akhbar The Straits Times.



Ia juga selaras dengan matlamat keselamatan makanan Singapura yang ingin menghasilkan 30 peratus keperluan makanan tempatan menjelang 2030.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang merasmikan pameran itu di Kebun Bunga Singapura semalam berkata kegiatan bercucuk tanam dan hortikultur bukan akan mencantikkan sekitaran Singapura sahaja, bahkan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.



Misalnya, satu kajian oleh NParks yang dijalankan dari Mei hingga Julai lalu membabitkan 5,700 peserta program Gardening with Edibles menunjukkan mereka yang berkebun secara kerap mempunyai daya ketahanan mental lebih tinggi berbanding masyarakat umum.



Menanam pohon membolehkan orang ramai menikmati hasil tanaman masing-masing, kata Encik Lee, sambil menambah:



"Dengan berbuat demikian, kita akan menjadi lebih sedar terhadap nilai makanan dan kerja keras petani kita lakukan setiap hari.



Encik Lee berkata sebelum agihan terkini, NParks sudah mengagih sebanyak 460,000 peket benih.



"Kami begitu gembira dengan permintaan tinggi ini," kata Encik Lee, yang menggesa orang ramai turut menyertai pergerakan berkebun negara dengan mendaftar minat mereka untuk mendapatkan peket benih seterusnya.



Pemerintah juga ingin menyokong ladang bandar yang dikendali perusahaan sosial.



Ladang bandar masyarakat bukan berupaya menghasilkan sumber makanan sahaja, bahkan membolehkan masyarakat menjalin hubungan antara satu sama lain menerusi kegiatan dan program berkebun, kata Encik Lee.



Beliau, Lee yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Penyepaduan Perkhidmatan Sosial berkata:



"Ia juga boleh menawarkan peluang pekerjaan sambilan bagi penduduk di kawasan berdekatan, terutama warga emas dan mereka yang mempunyai keperluan khas, yang lebih selesa bekerja dekat rumah mereka."



NParks juga akan melancarkan Geran Ladang Bandar Masyarakat Perusahaan Sosial.



Geran itu bertujuan menyediakan lebih banyak ruang untuk berkebun tanaman boleh dimakan secara rekreasi.



Ia juga bagi meningkatkan usaha mendekati penduduk menerusi kegiatan berkebun dan menawarkan lebih banyak peluang kerja sukarela serta pekerjaan kecil kepada penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >