Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks ambil langkah keselamatan lebih kukuh tangani monyet yang mengganggu, agresif

Oct 06, 2022 | 08:01 PM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) akan mengambil langkah lebih kukuh untuk melindungi keselamatan awam yang menghadapi masalah monyet berkeliaran yang mengganggu atau agresif, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.


Ini termasuk memerangkap dan memindahkan monyet daripada kawasan kediaman, dan dalam jangka panjang, agensi itu juga sedang meneliti langkah mengawal bilangan haiwan itu seperti pemandulan.


Encik Lee menambah NParks juga akan membantu individu yang terjejas di mana boleh, sekiranya agensi itu menerima maklum balas mengenai serangan atau kecederaan berkaitan monyet.


Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Parlimen kelmarin oleh Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong), yang bertanya apakah langkah yang sedia ada untuk membantu penduduk, terutama kanak-kanak yang diserang atau cedera akibat monyet.


Encik Lee berkata pemerintah mengambil pendekatan masyarakat dan berdasarkan sains dalam menguruskan populasi monyet di Singapura.


“Sebagai sebahagian usaha ini, NParks memantau dengan teliti taburan geografi maklum balas berkaitan monyet, dengan mengambil kira pertimbangan kedekatan mereka dengan tempat seperti rumah kediaman, rumah penjagaan dan kemudahan penjagaan kanak-kanak.


“NParks juga menjalankan kajian untuk lebih memahami trend dan taburan populasi monyet, dan menggunakan dapatan kajian itu bagi langkah menguruskan populasi monyet,” kata beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >