Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:55
Isyak
8:08

NParks bakal bangun Koridor Alam Semula Jadi di Clementi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

NParks bakal bangun Koridor Alam Semula Jadi di Clementi

Jul 30, 2021 | 05:30 AM

SEBUAH Koridor Alam Semula Jadi Clementi baru, merangkumi tapak hutan di Clementi, Toh Tuck dan Maju serta Koridor Kereta Api, akan dibangunkan Lembaga Taman Negara (NParks).

Koridor alam semula jadi itu telah dikenal pasti sebagai sebahagian Latihan Profil Ekologi (EPE) serata negara, yang memetakan profil ekologi kawasan diliputi tumbuh-tumbuhan dan hutan untuk lebih memahami peranan kawasan tersebut sebagai tempat perlindungan biodiversiti dan bagi ketersambungan ekologi.

Koridor baru itu menyediakan ketersambungan ekologi antara Hutan Simpanan Bukit Timah dengan Southern Ridges.

"Dalam Koridor Alam Semula Jadi Clementi ini, NParks akan terus mengenal pasti tempat perlindungan dan laluan ketersambungan dalam proses perancangan penggunaan kawasan tanah.

"Ini akan membolehkan ketersambungan ekologi dalam kawasan itu dikekalkan, meskipun jika pembangunan berlaku di kawasan itu pada masa depan," kata NParks dalam kenyataannya.

Menerusi EPE yang dijalankan, habitat sumber dan koridor alam semula jadi di kawasan Clementi-Ulu Pandan telah dikenal pasti.

Dapatan menunjukkan terdapat dua ketersambungan ekologi utama antara Hutan Simpanan Bukit Timah dengan Southern Ridges - sepanjang Koridor Kereta Api dan menerusi tapak hutan di Toh Tuck, Maju dan Clementi.

Bagi Koridor Kereta Api, NParks berkata mereka akan terus menjalankan peningkatan habitat dengan masyarakat untuk menyediakan laluan penghubung yang selamat untuk hidupan liar.

Bagi tapak di Toh Tuck, Maju dan Clementi, NParks akan terus mengkaji tulang belakang utama ketersambungan ekologi, dengan mengambil rujukan daripada kajian biodiversiti yang telah dijalankan di kawasan itu.

NParks berkata tidak ada rancangan pembangunan segera bagi tapak Toh Tuck dan Maju, dan tiada rancangan segera bagi pembangunan kediaman di tapak Clementi.

Dalam pada itu, sebuah taman alam semula jadi yang cukup besar akan dilindungi di bahagian barat tapak belum dibangunkan di Ulu Pandan, yang lebih kaya dengan biodiversiti.

Ini akan menjadi penghubung antara Hutan Clementi dengan Southern Ridges (Kent Ridges).

Di samping itu, NParks juga akan menubuhkan sebuah kumpulan 'Friends of Ulu Pandan' untuk menjalankan kerja pemulihan hutan dan peningkatan habitat bersama masyarakat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3