Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks, dua agensi SG serta biro antiseludup China menang anugerah PBB

Operasi libatkan rampasan perhiasan dibuat daripada gading gajah seberat 7.8kg
Dec 01, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks), bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Kastam Singapura serta Biro Antipenyeludupan Pentadbiran Am Kastam China, memenangi Anugerah Penguatkuasaan Sekitaran Asia 2021 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi satu operasi bersama untuk merampas perhiasan yang dibuat daripada gading gajah pada Mei lalu.



Empat agensi itu, yang menerima anugerah tersebut dalam kategori kerjasama, telah merampas perhiasan gading gajah seberat 7.8 kilogram sedang ia dalam penghantaran dari Perancis ke Singapura dan transit melalui China.



NParks dalam kenyataannya semalam berkata pada 25 Mei lalu, Biro Antipenyeludupan Kawasan Kastam Shenzhen telah mengesan perhiasan gading gajah yang disyaki itu dalam sebuah konsainmen udara dari Perancis ke Singapura yang transit melalui China.



Biro Antipenyeludupan Pentadbiran Am Kastam China lalu mengongsi perisikan itu bersama Kastam Singapura.



Konsainmen itu kemudiannya dipintas pasukan silang agensi Singapura terdiri daripada ICA, Kastam Singapura dan NParks.



NParks kemudian melancarkan operasi penghantaran yang dikawal untuk menghantar barang tersebut kepada penerimanya di Singapura supaya dapat mengenal pasti siapakah pembelinya.



Agensi itu menambah bahawa kedua-dua pembeli dan penjual perhiasan itu kini sedang membantu dalam siasatan.



Perhiasan gading itu seterusnya telah dihantar ke Pusat NParks bagi Forensik Hidupan Liar untuk analisis DNA dan ia didapati berasal daripada spesies gajah Loxodonta africana - salah satu spesies gajah Afrika yang terancam.



Selain itu, Pengarah Perdagangan Hidupan Liar di NParks, Dr Anna Wong, juga memenangi anugerah dalam kategori Kepimpinan Jantina dan Pemerkasaan Wanita dalam peranannya memerangi perdagangan hidupan liar haram.



Ini termasuk menyelaraskan beberapa operasi penguatkuasaan yang membawa kepada rampasan 37.5 tan sisik tenggiling dan 8.8 tan gading gajah pada 2019.



NParks berkata anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan bagi usaha mereka menangani perdagangan hidupan liar haram.



Ia menambah bahawa agensi itu merupakan pihak berkuasa nasional bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan Konvensyen mengenai Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar di Singapura, dan komited memerangi perdagangan hidupan liar haram.



"Kami terus memantau dan mengambil tindakan terhadap kegiatan sedemikian di kedua-dua peringkat antarabangsa dan domestik.



"Misalnya, pada April 2021, NParks menjalankan serbuan ke atas 13 individu yang disyaki menjual spesies hidupan liar dalam talian dan merampas lebih 90 spesimen hidupan liar, termasuk spesies seperti ular sawa Burma dan iguana Hijau," kata NParks.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >