Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks siasat pembersihan tapak tanpa izin di taman Sembawang

Mar 12, 2021 | 07:47 PM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) sedang menyiasat pembersihan tapak tanah kecil tanpa izin di sebuah taman di Sembawang.


Kawasan itu bersebelahan tapak pembinaan bagi sebuah pembangunan kondominium baru.


Pengarah kumpulan taman NParks, Encik Chuah Hock Seong, memberitahu The Straits Times bahawa tiga Cinnamomum iners (kayu manis liar), dan enam Caryota mitis (kelapa sawit ekor ikan) (fishtail palm) di Taman Jalan Kemuning ditebang oleh kontraktor semasa menjalankan kerja-kerja pembangunan di kawasan perumahan berdekatan.


Pembersihan itu disedari setelah penduduk Estet Sembawang Springs mendapati pokok kayu manis dan pokok kelapa sawit ditebang di luar sempadan pembangunan yang dimaklumkan kepada mereka dalam risalah tahun lalu yang memberitahu mereka mengenai kerja yang akan datang itu.


Tapak pembangunan seluas 27,566.1 meter persegi itu - dizonkan untuk kegunaan kediaman sejak Rancangan Induk 2003 - diketepikan untuk membangunkan sebuah kondominium dan bersempadan dengan Taman Jalan Kemuning.


Encik Thangarajoo Ramesh, naib presiden Jaringan Penduduk Sembawang Central, melaporkan kerosakan tersebut kepada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 26 Februari lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >