Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NSF dikena probesen tipu Dana Bantuan Sementara

Jan 20, 2021 | 05:30 AM



SEORANG anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang menipu Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk mengagihkan $2,500 daripada Dana Bantuan Sementara (TRF) untuk keuntungannya dijatuhkan hukuman probesen selama 18 bulan semalam.



Mahkamah mendengar bahawa Yee Jia Hao, 20 tahun, menggunakan keuntungan haramnya itu untuk berjudi, lapor The Straits Times.



Yee mengemukakan empat permohonan geran Covid-19 palsu pada April tahun lalu untuk menerima wang daripada TRF, dana yang ditubuhkan untuk menangani kesan ekonomi dan sosial wabak Covid-19.



Tiga permohonan diterima manakala satu ditolak. Dana itu ditadbir oleh MSF dan Persatuan Rakyat.



Sebagai sebahagian probesen, warga Singapura harus kekal dalam bangunan dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari dan melakukan 60 jam khidmat masyarakat.



Dia juga perlu mengikuti program cegah relaps berjudi.



Ibu bapa dan abangnya mengemukakan jaminan $5,000 bagi memastikan tingkah lakunya yang baik.



Tahun lalu, Yee mengaku bersalah kepada tiga tuduhan menipu dan satu tuduhan cuba menipu.



Enam tuduhan lain, sebahagian besarnya kerana menipu, juga dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.



Permohonan TRF, skim sokongan kewangan pemerintah yang diumumkan Mac tahun lalu sebagai sebahagian Belanjawan Daya Tahan, dibuka pada 1 hingga 30 April tahun lalu.



Yee kali pertama mengakses portal dalam talian TRF menggunakan bukti kelayakan SingPass sendiri pada 17 April tahun lalu di mana dia membuat pengisytiharan palsu menyatakan dia telah kehilangan sekurang-kurangnya 30 peratus pendapatan peribadinya akibat pandemik Covid-19.



Antara lain, pemohon bantuan perlu memiliki pendapatan sehingga $10,000 atau $3,100 sebulan sebelum kehilangan pekerjaan mereka.



Pemohon juga mesti dibuang kerja atau mengalami sekurang-kurangnya 30 peratus kehilangan pendapatan peribadi akibat pandemik selepas 23 Januari tahun lalu.



Timbalan Pendakwa Awam Jeremy Bin mengatakan Yee sedar bahawa dia tidak memenuhi kriteria kelayakan dan tidak kehilangan pendapatan peribadi akibat pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >