Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

NSF maut dalam kes Bionix: Kapten SAF didapati bersalah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DARI MAHKAMAH

NSF maut dalam kes Bionix: Kapten SAF didapati bersalah

Nov 23, 2021 | 05:30 AM

SEORANG kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dikaitkan dengan nahas kenderaan infantri Bionix yang telah berundur dan berlanggar kenderaan Land Rover, lalu membunuh pemandunya, didapati bersalah menyebabkan kematian itu atas tindakan cuainya oleh Hakim Daerah Jasvender Kaur.

Koperal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai, 22 tahun, seorang pemandu Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa, yang memandu Land Rover itu tersepit di bawah kenderaan Bionix dan terkorban dalam nahas tersebut.

Ong Lin Jie, kini 30 tahun, juga berada di dalam Land Rover itu ketika nahas tersebut berlaku dalam satu latihan oleh Batalion ke-42 Rejimen Perisai Singapura pada 3 November 2018.

Ong didapati bertindak terburu-buru dan gagal mengekalkan jarak selamat 30 meter antara Land Rover dengan Bionix, ketika mengarahkan CFC Liu supaya memotong jalan Bionix itu.

Ong merupakan jurulatih platun di Pusat Latihan Unit Perisai yang telah memberi arahan untuk bergerak ke hadapan walaupun tidak selamat untuk berbuat demikian dan tanpa terlebih dahulu menjalin komunikasi jelas dengan kenderaan Bionix itu.

Dalam hujah mereka awal tahun ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hay Hung Chun, Zhou Yihong, Angela Ang dan Benedict Chan berkata:

"Sebagai komander kenderaan Land Rover (Ong) bertanggungjawab atas keselamatannya termasuk memastikan Land Rover mengekalkan jarak selamat 30 meter dari kenderaan lain... sepanjang latihan."

Mahkamah diberitahu bahawa Bionix itu yang mempunyai papan tanda BX13 berhenti sebelum simpang-T itu.

Sedang CFC Liu memecut, BX13 - sebuah kenderaan pelindung berperisai yang dilengkapi dengan meriam atau pelancar bom tangan automatik dan senapang mesin berat - berundur dan merempuh bahagian pemandu Land Rover tersebut.

Kemalangan itu membuat CFC Liu terperangkap di tempat duduknya.

DPP berkata: "Sebelum memberikan arahan ini, (Ong) tidak membuat sebarang komunikasi dengan BX13. Liu Kai memandu Land Rover ke hadapan, dengan itu membawanya kurang 30 meter dari BX13.

"BX13 melepaskan tiga das tembakan (dan) Liu Kai menghentikan Land Rover."

Pada ketika ini, Land Rover berada kira-kira 16 hingga 18 meter di belakang BX13, yang mula berundur sebagai sebahagian daripada latihan kombat.

Mereka juga memberitahu Hakim Kaur bahawa tindakan Ong mengarahkan memotong mengakibatkan kematian CFC Liu, kerana ia meletakkan Land Rover kurang 30 meter dari BX13 dan mengakibatkan pertempuran dengan Land Rover.

Mahkamah mendengar bahawa peraturan jarak keselamatan 30 meter adalah "satu prinsip keselamatan utama" yang diajar kepada semua komander dalam formasi perisai, termasuk Ong, dan akan ditekankan semula semasa taklimat keselamatan sebelum semua latihan perisai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3