Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NSF SAF dari kelompok Terminal Pasir Panjang, pekerja pembersihan T3 Changi kes baru Covid-19 masyarakat S’pura

May 06, 2021 | 11:41 PM



TERDAPAT dua kes baru Covid-19 dalam masyarakat yang diumumkan pada Khamis (6 Mei), dengan satu kes tidak berkait dan satu lagi berkait kelompok Terminal Pasir Panjang.



Kes tidak berkait itu pekerja pembersihan Terminsl 3 Lapangan Terbang Changi yang sudah menerima kededua dos vaksin, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Warga Singapura berusia 88 tahun itu tidak kembali bekerja selepas mengalami hidung berair dan batuk pada Selasa. 



Pekerja pembersihan itu, yang bekerja bersama Ramky Cleantech Services, mendapat rawatan di klinik perubatan umum (GP) di mana beliau diuji bagi Covid-19.



Beliau disahkan positif pada Rabu dan dibawa ke Hospital Besar Sengkang. Keputusan ujian serologinya belum selesai.



Ujian sebelumnya daripada ujian rutin terjadual - yang terakhir pada 16 April - semuanya negatif.



Beliau telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 22 Januari dan yang kedua pada 15 Februari.



Kes kedua dalam masyarakat anggota NS sepenuh masa (NSF), 22 tahun, bersama Angkatan Tentara Singapura (SAF) yang berkait dengan Kelompok Pasir Panjang Terminal.



Ini membawa jumlah keseluruhan kes berkait kelompok itu kepada lima. 



Penduduk tetap itu kontak isi rumah seorang pemandu lori treler yang dilaporkan menjangkiti Covid-19 pada Rabu.



Beliau dikuarantin pada Selasa dan diasingkan segera semasa berada di Kem Sembawang. 



Pada Rabu, beliau diuji positif bagi Covid-19 meskipun beliau asimptomatik.



Ujian keputusannya kembali positif keesokan hari dan beliau dibawa ke Hospital Mount Elizabeth Novena. Keputusan ujian serologinya negatif. 



Secara keseluruhan, MOH berkata jumlah kes baru dalam masyarakat telah meningkat kepada 48 kes sepanjang minggu ini berbanding 28 kes minggu sebelumnya.



Tiada kes dilaporkan dari dormitori pekerja hari ini.



Baki 16 kes adalah kes import yang sudah ditempatkan pada notis jangan keluar rumah sejurus tiba di Singapura, tambah MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >