Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NSP ubah lagi keputusan mengenai MacPherson

Aug 24, 2015 | 05:22 PM



PARTI Perpaduan Nasional (NSP) telah membuat satu lagi pusingan-U, kali ini mengubah keputusan kontroversi untuk bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) MacPherson dalam pilihan raya umum akan datang.


Anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang sebelum ini berkata beliau akan bertanding di MacPherson, Encik Steve Chia, telah mengumumkan di media sosial pada Ahad (23 Ogos) beliau tidak akan bertanding di situ mahupun sebarang kawasan undi lain.


Ini kali kedua sejak Rabu lalu NSP mengubah keputusannya.


Rabu lalu, pemangku setiausaha agung parti itu, Cik Hazel Poa, meletak jawatan selepas CEC itu mengingkari pakatan pembangkang untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan menjauhi MacPherson, dan meletak Encik Chia di situ.


Penarikan diri Encik Chia kini nampaknya berpunca daripada kritikan dalam talian terhadap beliau selepas NSP berkata Rabu lalu beliau akan bertanding di MacPherson, daripada membiarkan Parti Pekerja (WP) menentang Cik Tin Pei Ling daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di situ.


Encik Chia menulis dalam Facebbok beliau: "Dengan pemberitahuan ini, saya mengumumkan bahawa saya tidak akan bertanding dalam #GE2015 dan tidak akan bertanding di #MacPhersonSMC lagi.


"Dengan rasa sakit dan kesedihan mendalam cita-cita saya sepanjang hayat hendak menjadi jurucakap rakyat di Parlimen berakhir hari ini."


Encik Chia menyertakan pautan pada sebuah laman web yang kononnya memapar profil dirinya, termasuk butir mengenai satu skandal gambar bogel melibatkan beliau semasa menjadi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) pada 2003.


Tanpa memberi perincian, Encik Chia berkata laman itu tidak dibangunkan olehnya dan ada fakta tidak ditulis dengan betul.


MacPherson SMC baru yang dikeluarkan daripada GRC Marine Parade.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >