LEBIH 20 karya seni Islam bakal mewarnai satu pameran antarabangsa di bangunan Perpustakaan Negara mulai 9 Oktober ini.
Memaparkan warisan dan tradisi Islam sejak kurun ke-18, pameran "Jameel Prize 3" itu berlangsung selama dua bulan dan dianjurkan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).