Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTU dan Kolej Imperial London akan tubuh hab penyelidikan, luaskan program pertukaran pelajar

Nov 30, 2022 | 07:22 PM



Para pelajar di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tidak lama lagi akan mempunyai lebih banyak peluang menghadiri program pertukaran pelajar dan menjalankan kajian bersama dengan Kolej Imperial London di Britain, menurut kededua institusi itu dalam satu kenyataan hari ini. (30 November)



Laporan The Straits Times menyatakan kededua institusi itu juga akan tubuhkan satu hab penyelidikan diberi nama Had NTU-Kesihatan Imperial, Kemampanan dan Teknologi sebagai sebahagian daripada satu perjanjian untuk meluaskan kolaborasi antara mereka.



Perjanjian itu ditandatangani hari ini di NTU oleh presidennya, Profesor Subra Suresh dan rakan sejawatannya dari Kolej Imperial, Profesor Hugh Brady, yang melawat NTU buat kali pertama.



Kededuanya telah bekerjasama sejak seketika, menubuhkan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di NTU yang dirasmikan pembukaannya pada 28 Ogos 2017.



Naib Presiden inovasi dan keusahawanan serta dekan Kolej Kejuruteraan di NTU, Profesor Louis Phee, berkata kededua institusi itu akan meningkatkan pergerakan pelajar antara mereka dengan membuka lebih banyak peluang bagi mahasiswa menghadiri program pertukaran, lantas membenarkan lebih ramai pelajar NTU untuk menghabiskan masa di Kolej Imperial di bawah program bersama.



 "Pada masa ini, Imperial merupakan salah satu rakan universiti bagi pelajar di bawah Program Kejuruteraan Renaissance NTU, yang berpeluang habiskan selama setahun pengajian di luar negara.



"Perluasan kegiatan kajian bersama antara NTU dengan Imperial  yang bertujuan menangani cabaran sejagat, juga akan membenarkan pelajar possiswazah NTU peluang untuk menyertai lebih banyak kajian di Imperial," tambah Profesor Phee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >