Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

NTU, pengeluar ayam ubah sisa jadi bahan berguna

Jul 09, 2022 | 06:28 AM



SEBUAH prasarana memproses ayam di sini kini lebih dekat dengan matlamat mencapai sifar sisa, dengan produk sampingan sisanya seperti darah dan bulu ayam, boleh diubah menjadi bahan berguna.



Bulu ayam misalnya boleh diubah menjadi bahan bungkusan untuk meletakkan daging ayam, sementara sisa lain seperti darah, kulit dan tulang ayam boleh digunakan untuk mengkultur sel untuk menternak ayam dalam makmal.



Usaha ini dijalankan sedang Singapura berusaha memanfaatkan sepenuhnya sumbernya dan mengubah sisa menjadi bahan berguna.



Negara ini juga mempunyai matlamat menghasilkan 30 peratus daripada keperluan makanannya menjelang 2030, dengan sektor protein alternatif salah satu bidang pertumbuhan utama.



Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan pengeluar ayam dari Malaysia, Leong Hup, yang mempunyai ladang ternakan ayam di banyak negara dan mengeksport ayam yang sudah dibungkus ke pelbagai negara, telah bekerjasama untuk mengubah produk sampingan sisanya menjadi bahan berguna.



Bulu ayam yang kaya dengan protein, yang dikenali sebagai keratin, boleh diproses menjadi bahan ganti yang mudah reput bagi polimer sintetik, iaitu sejenis plastik yang digunakan untuk menghasilkan bahan bungkusan bagi daging ayam.



Pengarah program teknologi dan sains makanan NTU, Profesor William Chen, yang juga peneraju bersama kerjasama industri itu, menarik perhatian bahawa bahan itu sama fleksibel dengan bahan bungkusan plastik biasa selain boleh menampung produk yang seganda lebih berat.



Polimer sintetik diperbuat daripada petroleum, dengan penghasilan dan pembuangannya mengeluarkan jumlah besar gas rumah hijau.



Ketua eksekutif Leong Hup, Encik Lau Joo Hwa, berkata kira-kira 10 tan bulu ayam dibuang atau dibakar setiap hari.



Di Singapura, sisa sedemikian biasanya ditimbus atau dibakar, yang juga menyumbang kepada pengeluaran gas rumah hijau.



Kerjasama yang bermula pada Jun tahun lalu itu termasuk usaha mengubah sisa biologi seperti darah ayam menjadi bahan untuk mengkultur daging berasaskan sel.



Encik Lau menarik perhatian bahawa sekurang-kurangnya 3.5 tan darah ayam dihasilkan dengan sekitar 50,000 ayam yang disembelih setiap hari.



Tambahnya, darah itu harus dirawat dengan kimia sebelum ia boleh dibuang ke dalam longkang dengan selamat.



"Kos bagi proses rawatan darah serta pembuangan bulu ayam mencecah sekitar $400,000 setahun," ujarnya.



Profesor Chen berkata bahan organik seperti darah ayam mempunyai jumlah tinggi faktor pertumbuhan dan zat lain.



Eksperimen juga menunjukkan bahawa serum ayam yang diasingkan daripada darahnya boleh dibandingkan dengan serum lembu, yang biasanya digunakan untuk menternak daging dalam makmal.



Bagaimanapun, serum lembu amat mahal dan baru-baru ini menarik perhatian kerana ia diperoleh daripada jantung janin lembu semasa ibunya masih bunting, ujar Profesor Chen.



Dalam pada itu, beberapa syarikat protein alternatif juga telah menghubungi NTU untuk mengkomersialkan penggunaan serum ayamnya.



Produk sampingan lain daripada prasarana memproses ayam, seperti usus ayam, juga kini dieksport ke Malaysia untuk digunakan sebagai makanan ikan, ujar Encik Lau.



Profesor Chen turut menarik perhatian kemungkinan kerjasama untuk mengubah najis ayam menjadi baja biologi bagi ladang setempat, sedang Singapura mempertingkat usaha menghasilkan sayur berdaun di sini.



Encik Lau berkata pasukan itu juga sedang berusaha mengembangkan penghasilan bahan bungkusan yang diperbuat daripada bulu ayam dan apabila ia boleh dikomersialkan, Leong Hup akan memohon kepada Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk mengesahkan bungkusan itu sebagai selamat bagi makanan.



Tambahnya, syarikat itu juga menjangkakan untuk memperkenal produk yang dibangunkannya dengan NTU di lojinya di Malaysia dan negara Asia Tenggara lain menjelang tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >