Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTU rai 30 tahun dengan pameran transformatifnya, buku peringatan

NTU
Dec 10, 2021 | 05:30 AM



UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU) menyambut ulang tahunnya yang ke-30 dengan melancarkan sebuah pameran awam baru tentang perjalanan transformatif yang direntasinya serta buku peringatan yang memaparkan 30 individu pencetus inspirasi.



Dalam satu kenyataannya semalam, NTU berkata pameran dan buku itu memperingati pencapaian dan peningkatan pesat kedudukannya sebagai universiti muda terbilang dalam tempoh tiga dekad.



Berjudul Thirty Years of Momentum, 30 Perspectives (Momentum 30 Tahun, 30 Perspektif), buku itu berkongsi wawasan dan refleksi individu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan transformatif NTU, di samping menyajikan pencapaian NTU secara kolektif yang dipanggil 'OneNTU Community'.



Antara individu yang dipapar dalam buku itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam; dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Ketua Pertama Pusat Kaunseling Universiti, Pejabat Kesejahteraan Universiti, Cik Mariam A. Hamid, juga antara yang ditonjolkan dalam buku itu.



Senaskhah buku peringatan itu disampaikan kepada Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang menjadi tetamu terhormat di sambutan ulang tahun itu semalam.



Bersama Presiden NTU, Profesor Subra Suresh, Encik Chan juga memateri sebuah kapsul masa digital NTU di acara pelancaran itu.



Kapsul itu mengandungi koleksi 30 kenangan silam dan masa kini yang disumbangkan masyarakat NTU dan akan dibuka pada 2041.



Sebanyak 30 artifak itu juga dipamerkan pada pameran ulang tahun ke-30 NTU, yang dirasmikan bersama Encik Chan, Profesor Suresh dan Cik Goh Swee Chen daripada Lembaga Pengamanah NTU.



Profesor Suresh berkata: "Sedang NTU mencapai usia 30 tahun, kami mempunyai banyak perkara yang ingin diraikan - tiga dekad mencetus idea, melakukan sesuatu di luar jangkaan dan menjana inovasi yang membawa impak.



"NTU telah mencapai pertumbuhan hebat dari segi pendekatan dan kedudukan, daripada institut latihan yang berkhidmat buat keperluan tenaga manusia tempatan di Singapura kepada menjadi universiti penyelidikan sejagat terulung yang membantu menghurai masalah paling mencabar dunia.



"Inovasi NTU yang merintis jalan dari tahun ke tahun mempunyai impak positif pada industri dan masyarakat."



Sebagai salah seorang individu yang dirakam wawasannya dalam buku peringatan itu, Encik Heng, yang memainkan peranan menyokong inisiatif NTU ketika menjadi Menteri Pendidikan antara 2011 dengan 2015, berkata:



"NTU sedang mengasuh generasi baru bakat saintifik sedang ia menyumbang kepada sains dan teknologi yang dapat dimanfaatkan Singapura dan dunia.



"NTU juga telah memperluas tawaran kursusnya dalam bidang kemanusiaan, kesenian, rekaan dan media, menyediakan lebih banyak laluan buat pelajarnya.



"Peluang luas ini lebih mempersiapkan anak muda kita agar menjadi pengasas dan pemimpin dalam era perubahan pesat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >