NTU siasat kegiatan pelajar kurang sopan sewaktu kem orientasi

UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU) sedang menyiasat tingkah laku sekumpulan pelajar yang kurang sopan di salah satu kem orientasi universiti.

Video yang disebarkan melalui Instagram Ahad lalu menunjukkan sekumpulan remaja lelaki dan wanita yang sedang menyanyikan kata-kata yang kurang sopan sambil menggegarkan badan mereka dan menyebut beberapa isyarat lucah.

Menurut laporan The Straits Times, ia mungkin sebahagian daripada sorakan yang ditulis oleh pelajar.

Timbalan Ketua Persatuan Kehidupan Pelajar di NTU,Profesor Madya Victor Yeo, memberitahu ST bahawa pihak universiti sedang menyiasat kejadian itu.

"Apabila saya melihat video itu, sorakan mereka tidak sesuai dengan piawai yang ditetapkan di NTU kerana ia bertentangan dengan nilai keselamatan, keterangkuman serta rasa hormat yang ditekankan dalam Program Peralihan dan Orientasi universiti," kata Profesor Yeo.

Profesor Yeo berkata para pelajar yang didapati bertanggungjawab membenarkan, mengetepikan, mengatur atau mengambil bahagian dalam sorakan itu akan diberi nasihat dan juga menghadapi tindakan disiplin manakala pelajar yang terjejas emosi oleh sorakan tersebut akan diberi sokongan yang diperlukan oleh pihak universiti.