NTU ungguli senarai varsiti baru dunia
Jul 02, 2019 | 05:30 AM
UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU) menduduki tempat teratas sebagai universiti muda dunia oleh perundingan pendidikan London, Quacquarelli Symonds (QS), buat tahun keenam berturut-turut.
Satu-satunya universiti Singapura yang tersenarai dalam 10 kedudukan teratas dalam ranking QS Top 50 Under 50, NTU menyaksikan peningkatan skor keseluruhannya sepanjang tahun lalu.