Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

NTUC akan bentuk pasukan bertindak bantu belia masuki alam pekerjaan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

NTUC akan bentuk pasukan bertindak bantu belia masuki alam pekerjaan

Langkah NTUC dekati golongan agar lebih faham keperluan kerja-kehidupan
May 01, 2022 | 05:30 AM

KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan membentuk sebuah pasukan bertindak baru yang memberikan tumpuan pada belia yang sedang memasuki alam pekerjaan supaya dapat mendekati dan lebih memahami keperluan kerja-kehidupan golongan itu.

Ini adalah sebahagian usaha berterusan NTUC memperjuang kepentingan semua pekerja dan memastikan mereka terus dapat menikmati gaji, kebajikan dan prospek kerja yang lebih baik, kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dan Presiden NTUC, Cik Mary Liew, dalam ucapan Hari Pekerja mereka.

Pasukan bertindak baru itu, yang akan memberi tumpuan pada belia berusia 25 tahun dan ke bawah, akan dibentuk menyusuli satu kajian khas tahun lalu untuk memahami cabaran dan keperluan belia.

Menurut dapatan kajian itu, yang dijalankan NTUC dengan kerjasama Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), hal berkaitan kerjaya, kewangan dan kesejahteraan mental merupakan tiga cabaran utama yang dihadapi golongan belia.

Lebih satu daripada dua belia juga menghadapi cabaran dari segi peluang dan prospek kerjaya.

"Kami akan membentuk sebuah pasukan bertindak yang memberi tumpuan kepada individu-individu muda yang sedang memasuki alam pekerjaan, untuk melibatkan diri dan mendapatkan gambaran yang lebih mendalam tentang keperluan kerja-kehidupan mereka.

"Kami akan terus membolehkan belia kita merealisasikan aspirasi mereka dan memenuhi keperluan mereka," kata Encik Ng dan Cik Liew, dalam ucapan mereka itu.

Selain belia, NTUC akan terus membantu golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) tempatan, terutamanya mereka yang dalam lingkungan usia 40-an hingga 60-an tahun.

Ini termasuk memperjuangkan peluang yang adil di tempat kerja dan mengukuhkan rangka kerja Pas Pekerjaan (EP), yang merupakan salah satu tindakan susulan daripada saranan Pasukan Bertindak Bersama NTUC-Snef (Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura) tentang PME yang telah dikemukakan kepada pemerintah.

Tumpuan turut diberikan pada golongan wanita, dengan NTUC akan memberikan lebih banyak sokongan kepada wanita yang ingin kekal bekerja atau kembali bekerja pada tahun ini.

"NTUC akan terus mendekati syarikat-syarikat untuk mereka bentuk semula peranan pekerjaan dan menjalankan amalan-amalan mesra keluarga seperti aturan kerja fleksibel supaya para pekerja kita, tidak kira lelaki atau wanita, sama-sama diperkasa untuk mempunyai kerjaya dan mata pencarian yang baik bagi diri mereka dan keluarga mereka," kata Encik Ng dan Cik Liew.

Bagi pekerja bergaji rendah pula, NTUC akan terus berusaha untuk memperluaskan Model Gaji Progresif (PWM) kepada lebih banyak sektor dan pekerjaan.

Golongan pekerja lanjut usia juga tidak dilupakan, dengan usaha akan dijalankan demi memastikan mereka dapat mempertingkatkan kemahiran dan mendapat pekerjaan baru dalam ekonomi digital, dan mempunyai simpanan mencukupi apabila bersara kelak.

Encik Ng dan Cik Liew turut menyentuh tentang kos sara hidup, sambil berkata cara yang mampan untuk mengatasi inflasi dan mengharungi kos yang semakin meningkat adalah dengan memastikan pekerja mendapat gaji yang baik dengan memiliki kemahiran terkini untuk melakukan pekerjaan yang lebih bernilai tinggi.

Dalam membantu pekerja menangani kos barang yang meningkat, NTUC Social Enterprises telah melaksanakan beberapa langkah, seperti melanjutkan skim diskaun NTUC FairPrice bagi warga emas dan keluarga berpendapatan rendah sehingga akhir tahun ini.

Encik Ng dan Cik Liew berkata NTUC akan terus memainkan peranan mereka menyokong ekonomi Singapura untuk menjana pertumbuhan dan pekerjaan baru supaya pekerja boleh terus makmur.

"Kejayaan masa depan Singapura akan bergantung pada tonggak perikatan tiga pihak. Sedang kita meraikan ulang tahun ke-50 Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) tahun ini, NTUC berikrar untuk terus bekerja rapat dengan rakan-rakan tiga pihak kita untuk meningkatkan keamanan industri, perpaduan sosial dan daya tahan ekonomi," kata mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3