Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SESI MEDIA BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG NTUC

NTUC akan tubuh lebih banyak akademi tiga pihak bantu pekerja

Chee Meng: Akademi bersama sektor perusahaan itu diharap bantu pekerja, firma jalani transformasi
Feb 08, 2022 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan menubuhkan lebih banyak akademi latihan bersama sektor-sektor perusahaan, seperti sektor pelancongan, demi membantu pekerja dan perniagaan menjalani transformasi.



Dalam sektor pelancongan misalnya, gerakan itu kini sedang meneroka penubuhan hab kerjaya untuk mengenal pasti jurang kemahiran dan memadankan kerja dengan lebih baik.



Sektor lain yang berpotensi termasuk perkilangan lanjutan, runcit dan keselamatan.



Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, berkata inisiatif itu merupakan usaha di peringkat sektor untuk membantu syarikat pada skala lebih besar, khususnya dalam sektor yang masih menghadapi kesukaran, seperti pelayanan dan pelancongan.



"Kami berharap untuk menyediakan keupayaan sektor seperti akademi tiga pihak untuk melihat keperluan industri atau peluang apabila Singapura membuka kembali sektor ini, apakah kemahiran dan keupayaan baru yang dicari majikan.



"Dan kami letakkan ekosistem akademi tiga pihak yang sediakan khidmat sehenti untuk meningkatkan sektor pelancongan agar mereka boleh kembali pulih secepat mungkin," ujarnya.



Encik Ng berkata demikian dalam satu wawancara bersama pihak media semalam mengenai pencapaian NTUC pada tahun lalu serta rancangan dan tumpuan untuk tahun ini.



Bagi sektor pelancongan, NTUC dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah memulakan perbincangan untuk merintis hab kerjaya yang menyediakan khidmat menyeluruh, termasuk latihan kemahiran dan transformasi sektor.



Selain sektor pelancongan, NTUC akan memberi perhatian kepada perkilangan lanjutan, dengan banyak peluang yang tersedia berkaitan bidang seperti robotik, kecerdasan buatan dan lain-lain lagi, tambah Encik Ng.



Akademi tiga pihak yang sedia ada termasuk Akademi Bas Singapura oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Kesatuan Pekerja Pengangkutan Nasional dan pengendali pengangkutan awam yang bertujuan memastikan pekerja mengikuti perkembangan dan transformasi industri.



Penubuhan akademi sedemikian di peringkat sektor ialah lanjutan kepada usaha transformasi di peringkat syarikat, yang melibatkan penubuhan 811 jawatankuasa latihan syarikat (CTC) sejauh ini.



Jawatankuasa tersebut bertujuan mengenal pasti latihan dan kemahiran yang diperlukan dalam transformasi industri.



"Kami ingin meningkatkan skalanya kerana kami fikir sepanjang tiga tahun lalu dalam usaha merintis program ini, terdapat kemajuan yang baik," ujar Encik Ng.



Untuk memperkukuh usaha CTC, NTUC menubuhkan ekosistem Latihan dan Penempatan, termasuk usaha menggalak syarikat menjalani proses melakar Pelan Operasi & Teknologi (OTR).



Sebanyak 266 syarikat telah menjalani proses OTR itu bagi membantu mereka memanfaatkan teknologi.



Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC pula telah membantu lebih 46,000 individu mendapatkan pekerjaan baru sejak Majlis Keselamatan Pekerjaan NTUC ditubuhkan pada Februari 2020.



Bagi memudahkan pekerja menjalani latihan sendiri, NTUC juga sebelum ini telah melancarkan aplikasi mudah alih Learning eXperience Platform (LXP) NTUC LearningHub dengan lebih 75,000 kursus untuk pekerja disediakan November tahun lalu.




SEKILAS USAHA NTUC BANTU PEKERJA



LATIHAN PEKERJA DAN USAHA TRANSFORMASI



  • Sebanyak 811 jawatankuasa latihan syarikat (CTC) ditubuh bagi kenal pasti latihan dan kemahiran yang perlu

  • Sebanyak 266 syarikat selesai jalani proses lakar Pelan Operasi & Teknologi (OTR) galak syarikat guna teknologi

  • NTUC e2i bantu lebih 46,000 dapatkan kerja baru sejak Majlis Keselamatan Pekerjaan NTUC ditubuh pada Februari 2020

  • NTUC akan tubuh akademi tiga pihak bantu pekerja dan perniagaan jalani transformasi dalam sektor seperti pelancongan, perkilangan lanjutan, runcit dan keselamatan

  • Lancar aplikasi Learning eXperience Platform (LXP) NTUC LearningHub dengan lebih 75,000 kursus untuk pekerja

PERWAKILAN DAN PERLINDUNGAN PEKERJA



  • PEKERJA GAJI RENDAH: Perluas Model Gaji Progresif (PWM) kepada lebih banyak pekerjaan dan sektor seperti pengurusan haiwan perosak, pengurusan strata dan kemudahan

  • PME: Pastikan peluang yang adil bagi PME setempat, dan bantu mereka yang dibuang kerja

  • INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI (SEP): Kenal pasti perkara untuk kukuh sokongan, termasuk tingkat syarat pekerjaan, perlindungan perubatan dan kecederaan

  • PEKERJA BERUMUR: Bantu laksana kenaikan usia sara dan ambil dan latihan kerja semula

  • BELIA: Kerjasama dengan institut pengajian tinggi, beri peluang kepada belia menerusi program seperti kerja sambil belajar

  • WANITA: Sokong mereka untuk kembali bekerja. NTUC juga kerjasama dengan syarikat untuk reka semula kerja dan galak amalan mesra keluarga, seperti aturan kerja fleksibel

TANGANI KESAN KOS SARA HIDUP



  • Pastikan pekerja dapat raih pekerjaan, gaji, dan kemahiran lebih baik

  • Bantu warga emas dan keluarga pendapatan rendah jimat $65 juta menerusi skim diskaun FairPrice

  • FairPrice ikrar $1.2 juta bantu keluarga memerlukan di bawah program bersama Palang Merah Singapura untuk sediakan baucar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >